Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti. Drama bersiri Cinta Tiada Ganti akan disiarkan di Astro Prima dan Maya HD. Menampilkan gandingan Nelydia Senrose dan Aedy Ashraf. Mengisahkan tentang kisah cinta yang melibatkan dua darjat.

Cinta Tiada Ganti akan disiarkan selama 100 episod. Diadaptasi dari Sana’y Wala Nang Wakas, sebuah drama rantaian popular dari Filipina. Drama ini telah diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Cinta Tiada Ganti adalah¬†Hafidz Roshdi, Ben Amir, Sweet Qismina, Dian P Ramlee, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti

Cinta Tiada Ganti mengisahkan tentang Ara dan Mukhriz. Ara adalah seorang gadis biasa manakala Mukhriz pula dari golongan berada. Mereka bertemu di atas kapal. Pertemuan itu telah menimbulkan rasa cinta di hati mereka. Di awal perhubungan mereka semuanya indah belaka. Mukhriz menerima Ara dengan seadanya. Pada pandangan Mukhriz, Ara adalah seorang gadis yang sangat sempurna.

Mukhriz merupakan seorang lelaki yang berasal dari keluarga bangsawan. Dia bakal mewarisi kesemua harta kekayaan milik keluarganya. Dia menyimpan dendam terhadap seorang lelaki yang dipercayai telah membunuh ibunya.

Keluarga Mukhriz menentang perhubungannya dengan Ara. Namun Mukhriz tetap berkeras untuk meneruskan perhubungan itu. Teguhkah cinta Mukhriz bila kebenaran di depan mata? Ara adalah anak kepada lelaki yang membunuh ibunya. Ayah Ara adalah lelaki yang Mukhriz dendam selama ini.

Biarpun berdepan dugaan sehebat mana sekalipun akhirnya akan bersatu juga. Selalunya begitulah penghujung kisah cinta drama dan filem. Tetapi adakah kisah cinta Mukhriz dan Ara akan berakhir juga dengan kebahagiaan?

Untuk mengetahui kesudahan Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti ini, jangan lupa menonton drama ini yang akan mula disiarkan pada pukul 6:00 petang di Astro Maya HD (135) dan Astro Prima (105)

(Visited 140 times, 2 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...