Sinopsis Apabila Terbit Fajar Di TV3

Sinopsis Apabila Terbit Fajar Di TV3. Telefilem Apabila Terbit Fajar akan disiarkan di slot Cerekarama TV3. Menampilkan gandingan Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali dan Ku Fridah. Mengisahkan tentang seorang bayi yang diletakkan ditangan seorang wanita bernama Fiza.

Sinopsis Apabila Terbit Fajar

Sinopsis Apabila Terbit Fajar Di TV3

Bayi yang pada awalnya menangis, terus terdiam dalam pelukkan Fiza. Dan saat itu juga Fiza merasakan nikmatnya menjadi seorang ibu. Apabila Terbit Fajar telah diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Layar Pictures Sdn Bhd.

Bercerita tentang bayi, saya perasan sejak kebelakangan ini banyak pula kes yang melibatkan bayi yang dibuang dan ditinggalkan tanpa belas kasihan. Contohnya macam kes bayi yang dibuang dari tingkas atas baru-baru ini. Akal yang waras memang sukar menerima perbuatan sebegitu. Tergamak hati si ibu membuat begitu kepada bayinya yang tidak berdosa.

Secara logik akal, ibu mana yang sanggup berpisah apatah lagi untuk membuang anak. Ibu kucing pun akan mencari-cari jika anaknya hilang. Jadi kenapa semakin hari semakin kerap berlaku kes-kes pembuangan bayi? Si kecil yang tidak berdosa itu dilayan ibarat sampah yang tidak berharga.

Sebagai manusia biasa memang sukar untuk kita memahami perbuatan si ibu. Akibat tekanan perasan si ibu mungkin bertindak tanpa kewarasan akal. Tapi disebalik ‘kekejaman si ibu’…kejam juga si ‘ayah’ yang membiarkan semua itu berlaku. Sebagai keluarga mahupun masyarakat, setiap antara kita juga memainkan peranan. Jangan sekadar menjadi pemerhati. Dari menjadi keyboard warrior yang hanya bijak mengutuk lebih baik kita gunakan ‘kecerdikan’ yang dimiliki untuk membantu.

Telefilem Apabila Terbit Fajar Di TV3

Bagaimana pengakhiran Sinopsis Apabila Terbit Fajar? Jangan lupa tonton telefilem ini pada 7 Julai 2018 bermula jam 9:00 malam. Hanya di Slot Cerekarama TV3.

(Visited 1,251 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...