Pelik Tapi Benar: Si Bibir Merah Menawan

Pelik Tapi Benar: Si Bibir Merah Menawan. Bila disebut Si Bibir Merah Menawan, pasti anda terbayangkan seorang wanita yang cantik jelita. Tetapi bibir merah menawan yang saya maksudkan ini dimiliki oleh sejenis tumbuhan.

Psychotria Elata atau juga dikenali sebagai ‘Hot Lips’ adalah sejenis pokok tropika yang memiliki bunga berbentuk bibir. Pokok ini boleh ditemui di negara-negara seperti Colombia, Costa Rica, Panama dan Ecuador. Menariknya bunga ini akan dikunjungi serangga dan burung untuk mengambil debunga ketika ia berbentuk bibir .  Dan setelah itu bunga ini akan berkembang sepenuhnya dan tidak lagi menyerupai bibir.

5 Gambar Si Bibir Merah Menawan

Comel juga bentuk bunga bibir ni kan. Atau ada yang rasa bentuk bunga ini agak menyeramkan? Agaknya ada ke tak pokok ini tumbuh kat Malaysia? Bagi yang rajin masuk ke dalam hutan atau yang gemar hiking mungkin pernah terserempak dengan bentuk bunga yang aneh dan unik seperti ini.

Indahnya ciptaan tuhan. Jika dikaji pada flora dan fauna yang ada di seluruh dunia, pasti banyak lagi tumbuhan dan haiwan yang aneh dan unik akan kita temui. Psychotria Elata atau Si Bibir Menawan ini hanya salah satu darinya.

Kalau nak tahu apa lagi perkara yang pelik tetapi benar yang akan saya kongsikan pada artikel seterusnya, jangan lupa bookmark laman Nota Info.

Amusing Planet

(Visited 28 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...