Nota Info – Nota Perkongsian Informasi

Nota Info – Nota Perkongsian Informasi

Akhirnya laman web Nota Info telah berwajah baru. Bertahun-tahun selesa menggunakan theme yang sama. Hari ini saya nekad cari kelainan. Bosan juga melihat blog yang tiada perubahan. Sampai ke tahap hilang idea untuk berkongsi artikel.

Nota Info - Nota Perkongsian Informasi

Theme Baru – Langkah pertama dengan menukar theme. Bukan senang nak pilih theme yang sesuai. Ibarat nak ubahsuai dan cat rumah. Ada beberapa theme yang saya cuba, tetapi kebanyakkannya tidak berkenan di mata. Saya sukakan theme yang ringkas. Theme yang responsive, cepat loading dan mesra pembaca menjadi pilihan saya kali ini.

Dah alang-alang tukar theme, baik terus tukar konsep keseluruhan. Rebranding kata orang. Sebelum ini saya lebih selesa dengan gaya formal. Kali ini saya pilih konsep perceritaan berbentuk santai. Gaya penceritaan yang ringkas, mudah dibaca dan senang difahami. Saya pun tak pening nak reka ayat yang panjang berjela. Yang membaca pun tak cepat jemu.

Perkongsian Artikel – Artikel ibarat nyawa sesebuah laman web. Ia menjadi daya penarik untuk membawa pembaca ke sesebuah laman web. Bersesuaian dengan tema laman web Nota Info iaitu Nota Perkongsian Informasi, saya nak cuba mencipta satu kelaianan. Saya nak kongsikan sesuatu yang segar, berinformasi dan menarik.

Nampaknya saya kena lebih rajin membaca. Mencari informasi yang menarik dan bermanfaat untuk dikongsikan. Artikel berkaitan sinopsis drama, telefilem dan filem akan saya teruskan. Ada yang memberi cadangan untuk saya kembalikan artikel berbentuk E-Novel seperti yang pernah saya lakukan beberapa tahun yang lalu. Cadangan itu akan saya pertimbangkan. Tetapi mungkin lebih kepada perkongsian cerpen yang ringkas dari pelbagai genre.

Selain sinopsis dan cerpen, saya plan nak kongsikan berita menarik dari dalam dan luar negara. Contohnya macam kisah pelik tetapi benar yang berlaku di sekeliling kita. Saya juga merancang untuk berkongsi review-review yang menarik dengan anda. Jika anda ada produk dan ingin bantuan saya untuk buat review boleh hubungi saya di Nota Info. Jangan risau harga amatlah berpatutan dan boleh dirundingkan.

Terima kasih atas kesudian anda untuk terus memberi sokongan kepada laman web Nota Info – Nota Perkongsian Informasi. Jika ada sebarang cadangan atau kritikan, silalah hubungi saya di Nota Info.

(Visited 10 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...