5 Risiko Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi

5 Risiko Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi. Ramai yang suka skip atau elak mengambil sarapan pagi tanpa mengetahui tentang risiko jangka panjang yang perlu dihadapi nanti. Diet dan kesuntukkan masa dijadikan alasan. Selagi belum rasa lapar, selagi itulah makanan tidak akan dijamah. Tahukah anda tabiat tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit yang tidak diingini.

Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘Eat Breakfast Like A King’ bermaksud mengambil sarapan dalam kuantiti yang banyak dan menyihatkan. Tapi kita pula sekadar melapik perut. Itupun jika dipaksa atau dah lapar. Kalau tidak, dibiarkan sahaja perut tu kosong selagi tidak berbunyi minta diisi.

5 Risiko Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi

5 Risiko Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Biarpun mengelak dari mengambil sarapan nampak seperti sesuatu yang remeh. Hakikatnya ia lebih berbahaya kepada kesihatan fizikal dan mental. Antara 5 risiko yang perlu anda tanggung sekiranya suka skip sarapan pagi:

a) Berisiko mendapat penyakit kencing manis atau diabetes – Tabiat tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan toleransi glukosa dalam badan akan terjejas. Semakin menjelang tengahari anda akan berasa lapar dan akan memerlukan lebih banyak makanan untuk mengisi perut. Selalunya bila dah terlalu lapar, anda akan mengambil makanan yang lebih tinggi karbohidrat atau makanan yang tinggi kandngan gula.

b) Metabolisme badan akan semakin perlahan – Tubuh anda terpaksa bekerja lebih perlahan untuk menyimpan tenaga. Kemudian bila anda lapar, anda akan makan secara berlebihan. Sukar untuk tubuh anda membakar kalori yang berlebihan. Ini yang akan menyebabkan berlakunya masalah berat badan berlebihan.

c) Meningkatkan risiko serangan jantung РBila berat badan dah berlebihan, maka lebih tinggilah risiko untuk anda mendapat tekanan darah tinggi, masalah kolestrol yang tinggi dan risiko serangan jantung.

d) Gula dalam darah menjadi rendah – Mengambil sarapan pagi akan membantu menstabilkan insulin dalam badan. Jika anda tidak mengambil sarapan pagi, gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan badan anda berasa mudah letih dan lesu. Anda juga akan cepat berasa marah.

e) Penyebab Stress – Mengambil sarapan yang seimbang akan memberi kesan positif kepada kortisol iaitu sejenis hormon stress. Kortisol membantu mengawal tekanan. Jadi tak adalah anda berasa stress sepanjang hari.

Nampak tak betapa berbahayanya risiko mendapat penyakit hanya kerana anda mempunyai tabiat suka elak mengambil sarapan pagi. Harap selepas membaca artikel 5 Risiko Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi ini, saya dan anda tidak lagi beranggapan bahawa skip sarapan setiap pagi adalah sesuatu yang remeh.

sumber

(Visited 8 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...