Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » Telefilem » Sinopsis Di Penghujung Sujud TV3

Sinopsis Di Penghujung Sujud TV3

Sinopsis Di Penghujung Sujud TV3. Telefilem berjudul Di Penghujung Sujud lakonan Redza Rosli, Aida Jebat dan Wan Maimunah akan disiarkan pada Hari Raya Pertama 15 Jun 2018 pukul 2:00 petang di TV3. Di Penghujung Sujud turut dijayakan oleh Fezrul Khan.

Telemovie arahan Shuhaimi Lua ini juga dibintangi oleh Ani Mayuni, Faez Nick dan ramai lagi. Di Penghujung Sujud yang akan disiarkan pada pukul 2:00 petang telah diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Di Penghujung Sujud disiarkan istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sinopsis Di Penghujung Sujud TV3

Sinopsis Di Penghujung Sujud

Di Penghujung Sujud mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Arif. Kaki dan tangan kirinya cacat setelah terlibat dalam kemalangan. Insiden yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu itu berpunca akibat merempit.

Arif tinggal bersama ibunya Zainab yang sudah semakin uzur. Untuk menyara kehidupannya dan ibunya, Arif bekerja sebagai penjual burger. Namun Arif kerap menerima tomahan dari orang kampung kerana kehidupannya jauh beza dari adik beradiknya yang lain. Abang dan kakaknya bekerja sebagai doktor di ibukota tetapi mereka berdua jarang pulang ke kampung.

Suatu hari bekas kekasih Arif datang bertemunya. Kehadirannya itu bukan sekadar untuk menghantar kad kahwin sebaliknya dia turut memerli Arif yang masih tiada perubahan hidup.

Setelah pertemuan itu, Arif pulang ke rumah dan meminta ampun dari ibunya. Dia berasa bersalah kerana tidak dapat membanggakan ibunya. Pada sujud terakhir waktu subuh, Arif telah berdoa agar ibunya diberikan kesembuhan.

Apa akan terjadi kepada kehidupan Arif dan ibunya selepas itu?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton Telefilem Di Penghujung Sujud pada 15 Jun bermula jam 2:00 petang di TV3

(Visited 89 times, 2 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...