Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » Drama » Drama Andainya Takdir 2

Drama Andainya Takdir 2

Drama Andainya Takdir 2. Tonton Drama Andainya Takdir 2 di TV3. Menampilkan pelakon Shukri Yahaya dan Nina Iskandar. Drama bersiri arahan Eoom Shuhaini ini akan bersiaran selama 20 episod mulai 13 Jun 2018, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9:00 malam.

TAJUK : ANDAINYA TAKDIR 2
BILANGAN EPISOD : 20 episod
TARIKH SIARAN : 13 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SLOT : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Neera Azizi dan ramai lagi

Drama Andainya Takdir 2

Senarai Pelakon Dan Watak Yang Dibawakan

Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Puteri Balqis sebagai Aleya
Mas Khan sebagai Nizam
Sheila Mambo sebagai Normah
Idris Md Diah sebagai Jalal
Erry Putra sebagai Mushin
Adiba Yunus sebagai Liza

Sinopsis Andainya Takdir 2

Andainya Takdir 2 mengisahkan tentang kisah hidup Airil dan Fatihah setelah 3 bulan bercerai. Kerana merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa kehadiran Fatihah dan Aleeya, Airil berusaha untuk memujuk isterinya. Biarpun respon dari Fatihah agak negatif, Airil tidak putus asa memujuk.

Dalam masa yang sama Fatihah pula merasakan betapa peritnya kehidupan tanpa suami di sisi. Lebih memburukkan keadaan bila Aleeya mula memberontak kerana terlalu rindukan ayahnya. Fatihah mula rasa tertekan dengan kehidupan barunya itu. Membuatkan dia meluangkan lebih banyak masa di tempat kerja barunya dan  seakan mengabaikan Aleeya.

Apa akan terjadi kepada kehidupan 3 beranak ini? Berjayakan Airil memujuk Fatihah?

Untuk mengetahui kesudahan kisah rumahtangga antara Airil dan Fatihah, jangan lupa ikuti Drama Andainya Takdir 2 di TV3.

(Visited 14 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...