Drama Rahsia Hati Perempuan

Drama Rahsia Hati Perempuan. Tonton drama Rahsia Hati Perempuan yang mula disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan pelakon Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose sebagai watak utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini disiarkan istimewa sempena Ramadan nanti.

TAJUK : RAHSIA HATI PEREMPUAN

BILANGAN EPISOD : 24 episod
TARIKH SIARAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SLOT : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyperpictures Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

Drama Rahsia Hati Perempuan

Senarai pelakon dan watak yang dibawakan:

Hisyam Hamid sebagai Zayn
Mira Filzah sebagai Ilaina
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa
Mak Wan sebagai Tok Wan
Fauziah Ahmad Daud sebagai Suraya
Lydiawati sebagai Laila
Eina Azman sebagai Ayra
Amir Nafis sebagai Adzim
Ziha Salleh sebagai Saerah
Duerra Mitilda sebagai Ilaina
Redzwan Adha sebagai Zyan
Shah Faris sebagai MikaelLAGU TEMA / OST 
Tajuk : Haram
Penyanyi : Hael Husaini & Dayang NurfaizahSINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUANDrama Rahsia Hati Perempuan mengisahkan cinta, persahabatan, kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Apakah akan terjadi seterusnya? Kukuhkan ikatan persahabatan mereka biarpun perlu berdepan dengan pelbagai konflik yang melibatkan hati.

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa ikuti Drama Rahsia Hati Perempuan dalam Slot MegaDrama Astro Ria 104 & HD 123.

(Visited 350 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

1 thought on “Drama Rahsia Hati Perempuan

Comments are closed.