Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi

Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi. Tonton drama Halalkan Hati Yang Kucuri adaptasi novel karya Mia Kiff yang bakal mengisi slot Akasia di TV3. Dijayakan oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama arahan Hashim Rejab telah diterbitkan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Nantikan siarannya pada 23 Mei 2018.

Tajuk: Halalkan Hati Yang Ku Curi
Tarikh Siaran: 23 Mei 2018
Slot : Slot Akasia TV3
Pengarah : Hashim Rejab
Penerbit : Country & Universal Sdn Bhd
Senarai Pelakon: Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi

Halalkan Hati Yang Ku Curi mengisahkan tentang Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batasan. Semua nasihat yang diberi seperti mencurah air ke daun keladi. Akibat merajuk ditegur keluarga, mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan membawa diri, mereka pulang semula tetapi terkejut apabila mendapati keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba. Banglo kediaman keluarga mereka telah dijual dan syarikat keluarga pula telah bertukar hak milik kepada orang lain.

Puas mereka mencari puncanya, namun tiada maklumat yang diperolehi. Bukan sahaja keluarga tak ditemui, duit pula semakin habis. Akhirnya, suka atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada mempunyai apa-apa lagi untuk digadai.

Semua kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu perlu dilakukan sebagai punca pendapatan. Tidak kira tukang cuci ke, buruh kontrak ke, atau pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Mampukah Faiq dan Delisha berdepan dengan ujian yang melanda? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi keluarga mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton episod 1 Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi bermula 23 Mei 2018 di slot Akasia TV3.

(Visited 304 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...