Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » Drama » Drama Doa Ku Mohon

Drama Doa Ku Mohon

Drama Doa Ku Mohon. Tonton drama Doa Ku Mohon yang mula disiarkan di slot Iris TV3. Menampilkan pelakon Muntazar Ghufran, Datin Paduka Eina Azman dan Sweet Qismina sebagai watak utama. Drama bersiri arahan Rusdi Ramli ini disiarkan istimewa sempena Ramadan.

TAJUK : DOA KU MOHON
BILANGAN EPISOD : 10 episod
TARIKH SIARAN : 23 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 6:30 petang
SLOT : Slot Iris TV3
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Jutaan Ringit Sdn Bhd
PELAKON : Muntazar Ghufran, Eina Azman, Sweet Qismina, Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Safwan Syafiq, Niena Baharun, Julia Farhana Marin, Neera Azizi, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Azrel Ismail, Annie Arifin, Sherry Ibrahim, Eyra Hazali, Sharifah Shahora, Syafi Danish Suhaimi, Armand Ezra, Qazem Nor

Drama Doa Ku Mohon

Senarai Pelakon Dan Watak Yang Dibawakan

Muntazar Ghufran sebagai Boy
Eina Azman sebagai Kasma
Sweet Qismina sebagai Batrisya
Syamim Razi sebagai Aidil
Hafidz Roshdi sebagai Aiman
Safwan Syafiq sebagai Ustaz Helmi

Sinopsis Doa Ku Mohon

Drama Doa Ku Mohon mengisahkan tentang Boy yang merupakan seorang budak gemuk. Dia pantang melihat makanan di depan mata. Dia akan makan dengan begitu lahapnya tanpa membaca doa. Kasma, ibu kepada Boy sudah letih menasihati anaknya.

Satu hari Boy terkena keracunan makanan dan akhirnya dia menyesal. Sejak kejadian itu, Boy akan pastikan dia membaca doa makan setiap kali sebelum makan.

Kakak Boy pula selalu mengamalkan doa penenang hati sebelum menduduki peperiksaan. Kisah Boy ada persamaan dengan Omar. Apa agaknya terjadi kepada Omar?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa ikuti Drama Doa Ku Mohon dalam Slot Iris di TV3.

(Visited 51 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...