Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » Drama » Drama Air Mata Di Bumi Matador

Drama Air Mata Di Bumi Matador

Drama Air Mata Di Bumi Matador. Tonton Drama Air Mata Di Bumi Matador di TV2. Menampilkan pelakon Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Eyka Farhana. Drama bersiri arahan Rahila Ali ini akan bersiaran selama 26 episod mulai 30 Mei 2018, setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam.

TAJUK : AIR MATA DI BUMI MATADOR
BILANGAN EPISOD : 26 episod
TARIKH SIARAN : 30 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SLOT : Selekta Prima (TV2 RTM)
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Nafalia Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, PU Riz, Shakilla Khoriri, Affique Hussain, Habib Lopez, Ieda Moin, Dalimawati, Laila Nasir, Arash Mohamad, Mustapha Kamal, Marisa Yasmin, Ungku Hariz

Drama Air Mata Di Bumi Matador

Senarai Pelakon Dan Watak Yang Dibawakan
Ben Amir sebagai Iskandar
Puteri Aishah sebagai Qaisara
Nazrief Nazri sebagai Adib
Eyka Farhana sebagai Paloma

Sinopsis Air Mata Di Bumi Matador

Air Mata Di Bumi Matador mengisahkan tentang Qaisara seorang gadis yatim piatu. Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Iskandar yang merupakan kekasihnya semenjak dari zaman sekolah.

Untuk merawat hatinya yang kecewa dia telah membawa diri ke Sepanyol. Di sana Qaisara cuba melibatkan diri dengan kerja-kerja amal yang di rasakan dapat membuatkannya melupakan semua kenangan pahit antara dirinya dengan Iskandar.

Seorang penuntut Malaysia yang bernama Adib yang turut melakukan kerja-kerja amal berjaya mengisi kesunyian Qaisara. Pada awalnya sukar untuk Qaisara kembali menerima cinta daripada seorang lelaki namun kehadiran Adib berjaya mengubah pendiriannya itu. Keikhlasan Adib berjaya meyakinkannya untuk kembali bahagia bersama insan yang disayangi.

Konflik mula tercetus apabila cinta antara Qisara dan Adib baru berputik, Iskandar datang ke Sepanyol dan menuntut cintanya kembali. Situasi itu mengejutkan Qaisara yang sememangnya masih dibuai cinta lama bersama Iskandar. Dia mula keliru memilih antara Iskandar atau Adib.

Kesudahannya Qaisara memutuskan untuk kembali semula ke tanah air dan berkahwin dengan Iskandar. Baginya itu merupakan peluang kedua yang tidak harus dipersiakan. Dia mahu membina semula kebahagiaan bersama lelaki yang dicintai sepenuh hati.

Namun jodoh ternyata di tangan tuhan. Sekali lagi impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama Iskandar tidak kesampaian. Iskandar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Impiannya musnah sama sekali. Setelah jiwanya kembali tenang dan mula redha dengan ketentuan Allah, Qaisara kembali semula ke Sepanyol dan memulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kunjungannya ke sana sememangnya dinantikan oleh Adib. Nekad tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya untuk kali kedua, Adib terus melamar Qaisara. Namun kali ini Qaisara menolak kerana sudah serik dengan jodoh yang tidak kesampaian. Rakan-rakan cuba menasihati Qaisara untuk memberi peluang kepada Adib untuk membahagiakannya.

Adakah Qaisara akan menerima lamaran Adib?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa ikutiĀ Drama Air Mata Di Bumi Matador di TV2.

(Visited 128 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...