Friday , 27 April 2018
Home » sukan » Emas Pertama Malaysia Di Sukan Komanwel 2018

Emas Pertama Malaysia Di Sukan Komanwel 2018

Emas Pertama Malaysia Di Sukan Komanwel 2018. Acara angkat berat menyumbangkan emas pertama Malaysia untuk Sukan Komanwel 2018 menerusi Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad. Muhammad Azroy turut memperbaharui rekod temasya dengan angkatan 261kg untuk kelas 56kg.

Muhammad Azroy yang menyambut hari kelahiran yang ke 24 turut memecahkan rekod sukan Komanwel untuk disiplin ‘snatch’ dengan 117kg dan selepas itu dia berjaya mengangkat 144kg untuk disiplin ‘clean & jerk. Keseluruhannya Muhammad Azroy telah berjaya mengangkat 261kg

Emas Pertama Malaysia Di Sukan Komanwel 2018

Atlet yang berasal dari Pahang ini telah berjaya memperbahrui rekod temasya yang dipegang oleh Amirul Hamizan Ibrahim iaitu 260kg yang dicatatkan pada Sukan Komanwel di Manchester pada tahun 2002.

Pingat perak pula diraih oleh Gururaja, atlet dari India dengan angkatan seberat 249kg manakala pingat gangsa pula menjadi milik Chaturanga Lakmal dari Sri Lanka. Dia berjaya mengangkat 248kg keseluruhannya

(Visited 30 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...