Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » biodata » Sinopsis Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3

Sinopsis Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3

Sinopsis Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3. Tonton Drama Zahir Tak Terucap lakonan Saharul Ridzwan, Raysha Rizrose bermula Selasa 27 Mac jam 7:00 malam di Slot Akasia TV3. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Zahir Tak Terucap adalah Airel Zafrel, Chacha Maembong, Esma Daniel dan Farisha Irwayu.

Tajuk : Zahir Tak Terucap
Tarikh Siaran: Setiap Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam
Slot : Slot Akasia TV3
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penerbit : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Senarai Pelakon : Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli
Sinopsis Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3
Lagu Tema / OST
Delusi – MJ (Meeya & Joe)
Cahaya – Syara

Sinopsis Zahir Tak Terucap

Zahir Tak Terucap mengisahkan kehidupan dua adik- beradik lelaki, Hisyam dan Haziq. Mereka bersaing merebut cinta gadis bernamaAisyah. Namun kehadiran Aireen pula cuba untuk menghalang Aisyah dari merasa bahagia.

Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui semua kejahatan Haziq. Dia nekad melakukan semua itu demi kerana mahu menutup aib abangnya yang telah meninggal dunia.

Hisyam redha dengan perjalanan hidupnya dan berusaha mencari Aisyah yang pernah dirogol oleh abangnya dulu. Hisyam cuba untuk bertanggungjawab pada gadis yang pernah menjadi cinta pandang pertamanya itu. Namun mendapat halangan daripada keluarganya, keluarga Aisyah dan juga bakal tunangnya, Aireen.

Apa akan terjadi pada Hisyam dan Aisyah di penghujungnya?

Ikuti drama bersiri ini untuk mengetahui kesudahan Zahir Tak Terucap di Slot Akasia TV3

(Visited 214 times, 6 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...