Saturday , 26 May 2018
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita. Drama Tiada Arah Jodoh Kita lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Erwin Dawson. Telah mula disiarkan pada 13 Februari 2018 di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Tiada Arah Jodoh Kita merupakan sebuah adaptasi novel karya Ezza Mysara. Drama bersiri 28 episod ini telah diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Barisan pelakon yang turut menjayakan Drama Tiada Arah Jodoh Kita adalah Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania, Alis Mariya dan ramai lagi.

Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

 Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Drama Tiada Arah Jodoh Kita mengisahkan tentang ketabahan Afia Awliya yang menunggu kepulangan insan tersayang bernama Fayyad Syakir yang sedang menuntut di luar negara. Sekembalinya Fayyad ke Malaysia, dia telah meminta Afia untuk mengahwini rakan baiknya bernama Megat Wakeel yang sedang menunggu detik akhir hayat.

Pada mulanya Afia menolak. Namun selepas mengenali Wakeel, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Dalam masa yang sama Afia perlu berhadapan pula dengan abang Wakeel yang bernama Megat Aathif. Berbeza dengan sikap Wakeel, Aathif adalah seorang lelaki yang  dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak pernah termasuk dalam senarai acuan hidupnya. Tetapi jodoh, maut, ketentuan ternyata di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun Afia tak dihujani  rasa bahagia. Tetapi takdir yang menyatukan mereka dan akhirnya takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Ketika jiwanya sarat dibanjiri rasa rindu pada yang telah pergi, Afia dihujani pula dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Manakala Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah untuk memikat hati Afia

Masih adakah bahagia untuk Afia setelah bahagia yang dahulu dirasai telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih salah seorang dari mereka jika hatinya telah kosong?

Untuk mengetahui kesudahan kisah menari ini, jangan lupa tonton Drama Tiada Arah Jodoh Kita pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 7:00 malam di slot Akasia TV3.

(Visited 145 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...