Sunday , 27 May 2018
Home » Petua & Tips » Petua Merawat Sakit Tekak Dengan Cepat

Petua Merawat Sakit Tekak Dengan Cepat

Inginkan Petua Merawat Sakit Tekak Dengan Cepat dan berkesan? Musim panas ni ramai yang mengadu sakit tekak. Selepas itu mulalah batuk-batuk sampai nak tidur malam pun asyik terganggu. Pastikan anda minum air secukupnya. Jangan biarkan tekak kering terlalu lama, nanti makin rasa sakit dan perit di bahagian tekak.

Selain bergantung pada gula-gula penawar sakit tekak untuk melegakan rasa sakit, anda boleh cuba beberapa petua yang saya kongsikan ini untuk merawat sakit dan gatal di bahagian tekak.

Petua Merawat Sakit Tekak Dengan Cepat

 

Petua Merawat Sakit Tekak Dengan Cepat

1) Air limau dan Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan satu sudu kecil madu lebah. Kalau nak petua ini mujarab kenalah gunakan madu asli. Nak tahu madu tu asli atau tidak, baca artikel : Cara Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari atau sehingga tidak lagi rasa sakit tekak.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika sebelum ditapiskan. Minum jus asam jawa secara perlahan. Air asam jawa ni bukan sahaja elok untuk merawat sakit tekak tetapi juga dapat menurunkan suhu panas badan.

3) Kumur Dengan Air Garam – Ambil segelas air dan campurkan satu sudu garam. Kacau sebati. Kumur air garam tersebut. Garam membantu melegakan rasa gatal-gatal di bahagian tekak. Amalkan kumur 3 kali sehari.

4) Jus Timun – Ambil sebiji timun, kupas kulitnya dan kisar. Ataupun anda juga boleh hiris timun dan makan mentah seperti makan ulam. Tambah sedikit garam ke atas timun dan gaul rata sebelum memakannya. Timun dan garam membantu merawat rasa sakit dan gatal di bahagian tekak.

Selain mengamalkan senarai petua merawat sakit tekak yang dikongsikan di atas ini, anda juga perlu minum air suam secukupnya dan elakkan makanan yang berminyak atau bergoreng. Selain itu kurangkan juga pengambilan minuman berkafein.

Harus diingatkan ni sekadar petua untuk mengurangkan atau melegakan rasa sakit tekak. Kalau sakit tekak atau batuk berterusan, pastikan anda segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutya.

 

(Visited 46 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...