Saturday , 26 May 2018
Home » Petua & Tips » Tips Atasi Hidung Dan Dahi Berminyak

Tips Atasi Hidung Dan Dahi Berminyak

Tips Atasi Hidung Dan Dahi Berminyak. Masalah muka berminyak terutamanya di zon T iaitu di bahagian hidung dan dahi memang dialami oleh ramai individu terutamanya wanita. Ia akan membuatkan muka nampak kurang berseri dan juga memjadi tempat jerawat tumbuh dengan banyak.

Sebenarnya hidung dan dahi ataupun zon T memerlukan penjagaan muka yang lebih khusus agar ia bebas minyak dan sentiasa nampak bersih. Selain menggunakan produk penjagaan wajah yang betul dan sesuai dengan masalah kulit, anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional yang dikongsikan di bawah ini.

Tips Atasi Hidung Dan Dahi Berminyak

Tips Atasi Hidung Dan Dahi Berminyak

1) Hirisan Timun – Sejukkan hirisan timun di dalam peti ais. Setelah sejuk, gosokkan secara perlahan pada bahagian hidung dan dahi ataupun zon T. Jadikan ini rutin amalan anda setiap kali sebelum tidur. Ia bukan sahaja membuatkan kulit di zon T lebih segar tetapi masalah minyak berlebihan pada hidung dan dahi juga akan dapat diatasi.

2) Ais – Jika anda tidak mahu menggunakan timun, anda boleh juga menggunakan kuib ais. Gosokkan pada bahagian hidung dan dahi. Amalkan setiap malam untuk melihat hasilnya. Ais membantu mengecilkan pori-pori dan sekaligus menghalang penghasilan lebih banyak minyak di zon T.

3) Masker – Amalkan terapi masker sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengecilkan pori-pori. Anda boleh membuat sendiri masker tersebut. Hanya perlu campurkan putih telur dengan sedikit madu dan sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan sehingga kering dan selepas itu barulah cuci muka dengan air bersih.

4) Wap – Amalkan kaedah wap muka untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat. Caranya tuang air panas ke dalam bekas atau besen. Halakan muka ke arah wap panas untuk beberapa minit. Selepas itu barulah cuci muka dengan air yang sejuk. Amalkan selalu agar masalah kulit berminyak dapat diatasi.

5) Toner – Pemilihan toner yang sesuai dengan masalah kulit penting untuk mengelakkan kulit menjadi lebih bermasalah. Untuk masalah kulit berminyak, pilih toner yang mengandungi lemon. Ia sangat berkesan untuk menyingkirkan minyak berlebihan terutamanya di dahi dan hidung.

6) Tisu – Untuk anda yang mengalami masalah zon T berminyak, pastikan anda sentiasa lap hidung atau dahi dengan tisu bila kulit mula berpeluh dan berminyak. Jika dibiarkan berminyak tanpa dilap, masalah jerawat pula akan timbul.

Semoga perkongsian Tips Atasi Hidung Dan Dahi Berminyak membantu anda untuk mengatasi masalah zon T berminyak dan mendapatkan muka yang lebih berseri dan flawless

 

(Visited 118 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...