Friday , 27 April 2018
Home » Hiburan » Telefilem Rumah No 10 Di Astro Citra

Telefilem Rumah No 10 Di Astro Citra

Telefilem Rumah No 10 Di Astro Citra. Tonton Rumah No 10 lakonan Aiman Hakim Ridza dan Sharifah Sakinah di saluran Astro Citra. Telefilem bergenre seram ini akan disiarkan menerusi slot Citra Exclusive pada hari Sabtu, 13 Januari 2018 pukul 9:00 malam.

Rumah No 10 telah diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Selain Aiman Hakim Ridza dan Sharifah Sakinah, pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini adalah Jay Iswazir, Melanie Tan, Delimawati dan ramai lagi.

Telefilem Rumah No 10 Di Astro Citra

Sinopsis Rumah No. 10

Rumah Nombor 10 mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru berpindah masuk ke sebuah rumah sewa yang agak murah. Kehidupan harian mereka mula diganggu makhluk yang turut berada dalam rumah sewa tersebut. Apakah akan terjadi kepada pasangan suami isteri itu?

Untuk mengetahui kesudahan telefilem seram ini jangan lupa tonton Rumah No. 10 pada hari Sabtu nanti di saluran Astro Citra 131 dan Mustika HD 134.

(Visited 452 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...