Saturday , 24 February 2018
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Isteriku Mem Besar TV9

Sinopsis Isteriku Mem Besar TV9

Sinopsis Isteriku Mem Besar TV9. Drama Isteriku Mem Besar lakonan Arash Mohd dan Amyza Aznan akan bersiaran di slot Kelakarama TV9. Drama bersiri 20 episod ini boleh ditonton lebih awal di portal tonton.com.my.

Isteriku Mem Besar terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd turut dibintangi oleh Mawar Rashid, Azhar Osman dan Amirul Faqeem. Drama bergenre komedi ini telah diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar.

Sinopsis Isteriku Mem Besar TV9

Sinopsis Isteriku Mem Besar TV9

Azizi dan Maziah adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi hubungan mereka menjadi dingin akibat perbezaan persepektif. Azizi yang sudah penat bekerja di kota besar merancang untuk pulang ke kampung halaman. Dia ingin bersara dan menikmati kehidupan yang aman bersama keluarga.

Berbeza pula dengan Maziah yang berlagak ibarat mem besar dalam keluarga. Dia dan anak-anak tidak bersetuju dengan cadangan Azizi. Mereka menganggap gaya hidup mereka yang elegan itu kurang sesuai untuk kehidupan kampung.

Kecewa dengan keputusan keluarga, Azizi cuba untuk mencari ketenangan tetapi terpalit pula dengan beberapa aksi lucu dalam mengekalkan hubungan mereka sekeluarga.

Senarai Pelakon Drama Isteriku Mem Besar

Barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar Rashid, Amirul Faqeem, Iskandar Syahidan, Azhar Osman, Hasnah, Sharissa Haris, Dato Ahmad Tamimi, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Dalimawati, Numan Chalie, Zul Genting, Norin, Azhar Amir, Reza Hasbi, Abby Nor, Shahrul Naim, Baby Nicky

Lagu Tema Isteriku Mem Besar

OST atau lagu tema drama ini berjudul Isteriku Mem Besar yang dinyanyikan oleh Naz Breakfast.

Untuk mengetahui kesudahan drama komedi ini jangan lupa tonton Isteriku Mem Besar yang akan disiarkan tidak lama lagi di slot kelakarama TV9

(Visited 32 times, 2 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...