Monday , 22 January 2018
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu | Nantikan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu di slot MegaDrama Astro Ria. Drama lakonan Nelydia Senrose dan Farid Kamil ini adalah adaptasi novel karya Siti Rosmizah dan akan disiarkan bermula 15 Januari 2018.

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu akan menggantikan Drama My Coffee Prince dan akan disiarkan di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 132. Senarai pelakon yang menjayakan drama bersiri ini adalah Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan tentang Tengku Aqilah (Nelydia Senrose) yang membawa diri selama 13 tahun setelah dia disisihkan oleh ayah kandungnya sendiri yang bernama Tengku Hisham. Tengku Hisham menyalahkan anak bongsunya itu sebagai punca kematian isterinya.

Kepulangan Tengku Aqilah ke Malaysia setelah sekian lama rupanya masih tidak dapat diterima keluarga. Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) yang merupakan kakak kepada Tengku Aqilah masih berdendam terhadap adiknya itu. Tengku Natasha merupakan anak kesayangan Tengku Hisham.

Tengku Aqilah berusaha untuk menagih kasih sayang ayahnya. Dia sanggup bekerja sebagai penyambut tetamu atau ‘Tea Lady’ di syarikat milik keluarga. Jawatan itu sengaja ditawarkan Tengku untuk memperlekehkan adiknya.

Kehadiran Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil) yang merupakan sepupu kepada Tengku Aqilah dan Tengku Natasha, lebih memburukkan keadaan. Lelaki tampan yang berdarah kacukan Inggeris Melayu itu sangat angkuh dan sombong. Dia merupakan anak kepada Tengku Hashim yang juga merupakan pemilik syer terbesar di Syarikah Megah Holdings.

Tengku Ryan Ameer sentiasa mencari pasal dengan Tengku Aqilah. Lelaki itu sangat membencinya. Berbeza pula dengan Tengku Hashim yang sangat menyayangi Tengku Aqilah yang juga merupakan anak saudaranya.

Hendak dijadikan cerita, Tengku Hashim telah meninggalkan satu wasiat sebelum menghembuskan nafas terakhir. Wasiat itu bakal merubah segalanya.

Ingin tahu apa yang terjadi seterusnya? Jangan lupa tonton Drama Lafazkan Kalimah Cintamu di slot Mega Drama saluran Astro Ria

 

(Visited 44 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...