Saturday , 24 February 2018
Home » Resipi » Resepi Putu Bambu Guna Acuan Kuih Lompang

Resepi Putu Bambu Guna Acuan Kuih Lompang

Resepi Putu Bambu Guna Acuan Kuih Lompang. Nampaknya Putu Bambu dah semakin popular. Anda boleh buat putu bambu homemade. Caranya mudah je guna acuan kuih lompang. Bahan-bahan buat putu bambu pun mudah didapati.

Jika anda peminat kuih tradisional putu bambu dan teringin nak buat sendiri di rumah, Notainfo kongsikan cara buat putu bambu yang sedap dan mudah

Resepi Putu Bambu

Resepi Putu Bambu

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan air
gula merah
daun pandan
garam

Cara Buat Putu Bambu Yang Sedap
1) Tuang air, daun pandan dan garam dalam periuk. Didihkan dan kacau sehingga garam cair. Bila dah naik bau daun pandan, tutup api dan ketepikan seketika.
2) Dalam bekas yang lain, masukkan tepung beras. Kemudian masukkan air yang baru dimasak tadi sebanyak 13 sudu besar.
3) Kacau sebati sehingga tepung beras menyerupai serbuk roti
4) Ayak tepung beras menggunakan penapis yang mempunyai lubang yang bersaiz agak besar.
5) Selepas itu masukkan sedikit adunan tepung beras ke dalam acuan kuih loyang.
6) Kemudian letak gula merah di atasnya dan seterusnya tambah lagi adunan tepung beras. Jangan ditekan ye.
7) Setelah dah siap isi kesemua acuan kuih lompang, kukus adunan untuk kira-kira 15 minit.

Mudah sahaja kan. Jangan lupa untuk mencuba Resepi Putu Bambu Guna Acuan Kuih Lompang

sumber: MAHN

(Visited 58 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...