Monday , 22 January 2018
Home » Santai » Petanda Kelopak Mata Bergerak

Petanda Kelopak Mata Bergerak

Petanda Kelopak Mata Bergerak. Benarkah seperti kata orang dulu-dulu, bila kelopak mata kiri atau kanan bergerak ada maksud di sebaliknya. Anda pasti pernah mengalami situasi di mana kelopak mata bergerak-gerak. Ia berlaku sendiri dan anda tidak dapat kawal. Anda berasa rimas dan bertindak menggosok mata berkali-kali.

Kalau ditanya pada pandangan orang tua, ada yang mungkin akan berkata kalau kelopak mata kanan bergerak, tu tandanya saudara sebelah ayah akan meninggal manakala kalau kelopak mata sebelah kiri bergerak, itu tandanya saudara sebelah ibu pula yang meninggal. Dalam erti kata lain, kelopak mata bergerak ini membawa maksud bakal mendapat perkhabaran yang menyedihkan.

Petanda Kelopak Mata Bergerak

Menurut kepercayaan lama, banyak petanda lain sekiranya kelopak mata bergerak-gerak, antaranya:

 

1) Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – hendak berjumpa dengan seseorang yang jauh atau terpisah lama dan akan mendapat perkhabaran yang baik.
2) Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – bakal mendapat perkhabaran yang gembira
3) Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah sebenarnya teringin nak berjumpa dengan kita

Petanda Kelopak Mata Bergerak
4) Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan mendapat perkhabaran yang sedih atau ditimpa musibah
5) Alis kiri bergerak – akan mendapat rezeki yang tidak diduga
6) Ekor Mata Kanan bergerak – seorang yang jauh akan berkujung tiba
7) Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – akan ditimpa kesusahan
8) Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan ada masalah dalam percintaan
9) Biji Mata Kiri bergerak-gerak – bakal mendapat perkhabaran gembira
10) Kening Kiri bergerak-gerak – akan memperolehi kemudahan

Kalau berdasarkan kajian saintifik pula, kelopak mata bergerak-gerak disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:

Mata Letih – kelopak mata yang bergerak-gerak berpunca dari otot mata yang terlalu letih. Almaklumlah sekarang ni kita asyik menghadap skrin je, jadi mata pun penat. Rehatkanlah mata untuk seketika. Selain mata kita berasa letih akibat menghadap komputer, kurang tidur dan stress juga boleh mengakibatkan pergerakan otot di bahagian kelopak mata.

Artikel Petanda Kelopak Mata Bergerak ini hanyalah perkongsian secara umum. Kalau boleh janganlah percaya seratus peratus akan maksudnya kerana sesungguhnya petanda-petanda itu adalah perkongsian dari satu generasi ke generasi seterusnya. Mungkin kelopak mata anda bergerak kerana mata dah terlalu letih. Berehat lah sekejap dan berdoa memohon yang baik-baik dari Allah.

 

(Visited 30 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...