Saturday , 24 February 2018
Home » Hiburan » Jodoh Tak Salah Alamat Di Cerekarama TV3

Jodoh Tak Salah Alamat Di Cerekarama TV3

Nantikan telefilem Jodoh Tak Salah Alamat Di Cerekarama TV3 lakonan Akim Ahmad. Jodoh Tak Salah Alamat merupakan tajuk kepada telefilem istimewa sempena siaran langsung AJL32 pada bulan Februari 2018

Peminat Akim dari kumpulan The Majistret ini tentu dah tak sabar nak tengok lakonan bintang pujaan mereka. Rasanya seperti dah lama juga tak tengok lakonan Akim kan.

Jodoh Tak Salah Alamat Di Cerekarama TV3

Sinopsis Jodoh Tak Salah Alamat

Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat mengisahkan tentang Luqman lakonan Akim yang berkenalan dengan seorang gadis seksi bernama Diana ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia sentiasa berprasangka buruk terhadap Diana. Satu hari ketika berada di masjid, Luqman bertemu semula dengan Diana tetapi penampilannya telah berubah.

Antara barisan pelakon yang menjayakan telemovie Jodoh Tak Salah Alamat adalah Akim Ahmad, Raysha Rizrose, Shahrifah Shahora, Tunku Hanis, Adam Shah dan ramai lagi. Telefilem ini telah diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd.

Jangan lupa ikuti Jodoh Tak Salah Alamat Di Cerekarama TV3 pada hari sabtu ini 20 Januari jam 10:00 malam.

(Visited 122 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...