Friday , 25 May 2018
Home » Informasi » Fenomena Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018

Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau Super Blue Blood Moon 31 January 2018. Apa hebatnya supermoon 2018? Ramai yang memperkatakan tentang fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku malam ini. Apa yang hebatnya tentang Supermoon ini?

Fenomena gerhana bulan penuh berlaku bila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini berlaku ketika bulan purnama dan kedudukan matahari, bumi dan bulan sejajar pada barisan yang sama ataupun pada kedudukan yang sangat hampir.

super blue blood moon 31 january 2018

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018

Fenomena gerhana bulan penuh yang unik malam ini akan mempunyai 3 fasa iaitu Supermoon, Bluemoon dan Bloodmoon atau diringkaskan kepada Super Blue Blood Moon. Supermoon (bulan dekat dengan bumi), bluemoon (bulan seolah berwarna biru) dan blood moon (bulan kelihatan seperti berdarah)

Supermoon adalah satu fasa apabila jarak bulan berada kurang dari 360,000 kilometer dari bumi. Fenomena gerhana bulan penuh ini akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit. Bermula sekitar jam 7 malam 31 Januari 2018

Gerhana bulan ini boleh dilihat dengan mata kasar sahaja tetapi jika dilihat dengan binokular atau teleskop pasti anda dapat melihatnya dengan lebih jelas.

Fasa gerhana bulan penuh secara maksimum dijangka sekitar pukul 9:30 malam nanti.

Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat melihat fenomena ini yang dikatakan hanya berlaku sekali dalam tempoh 265 tahun.

Jadual Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018

7:50 petang : Bulan mula memasuki bayang gelap bumi
8:22 malam : Gerhana bulan dengan kadar 50%
8:53 malam : Gerhana bulan dengan kadar 100%
9:33 malam : Kemuncak gerhana bulan penuh
10:28 malam : Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi
11:10 malam : Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Jadi jangan lepaskan peluang melihat fenomena gerhana bulan penuh atau supermoon 31 Januari 2018.

(Visited 118 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...