Sunday , 25 February 2018
Home » Petua & Tips » Cara Memilih Ikan Segar Di Pasar

Cara Memilih Ikan Segar Di Pasar

Cara Memilih Ikan Segar Di Pasar. Memilih ikan yang segar penting agar masakan yang kita sediakan bukan sahaja sedap tetapi juga menyihatkan. Tahukah anda cara untuk pilih ikan yang masih segar yang dijual di pasar ataupun pasar raya?

Ikan yang kurang segar atau telah disimpan untuk tempoh yang lama mungkin sudah berbau busuk dan juga dijangkiti bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan.

Cara Memilih Ikan Segar Di Pasar

Cara Pilih Ikan Segar Di Pasar

Insang Ikan – Perhatikan insang ikan tersebut, jika ia masih merah dan berlendir bermaksud ikan itu masih segar. Sebaliknya ikan yang sudah lama dibekukan akan mempunyai insang yang berwarna agak kekelabuan.

2) Mata Ikan – Pastikan mata ikan juga jernih atau agak kebiruan. Itu tandanya ikan itu masih segar. Jangan beli ikan yang matanya sudah kemerahan.

3) Perut Ikan – Tekan sedikit pada bahagian perut ikan, kalau terasa lembik itu tandanya ikan itu sudah disimpan lama.

4) Isi Ikan – Tekan sedikit dengan jari, jika ikan terasa pejal dan tidak lembik bermakna ikan tersebut segar dan boleh dibeli.

Mudah sahaja untuk pilih ikan yang segar. Pastikan setiap bahan masakan atau makanan yang dibeli segar dan bersih agar anda sekeluarga terhindar dari keracunan makanan.

(Visited 21 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...