Saturday , 26 May 2018
Home » Petua & Tips » Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup Dan Sedap

Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup Dan Sedap

Ikan bilis memang sedap dimakan kalau rangup dan garing. Nak tahu cara goreng ikan bilis supaya rangup dan sedap walaupun disimpan lama. Ikan bilis boleh dijadikan snek kudapan yang sihat kerana ia kaya dengan zat besi, kalsium dan juga asid omega 3.

Ikan bilis sering dijadikan antara bahan penambah rasa dalam masakan. Antaranya sambal ikan bilis, cucur ikan bilis malah ada yang suka masukkan ikan bilis dalam sup ataupun bubur. alau buat nasi goreng kampung dan selepas itu tambah ikan bilis garing.

Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup Dan Sedap

Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup Dan Sedap

Ikan bilis yang digoreng dan disimpan selalunya terasa liat, dah tak rangup dan tak garing. Langsung tak sedap bila makan. Kenapa agaknya? Ini disebabkan ikan bilis itu tak digoreng dengan sempurna dan masih mempunyai kandungan air di dalamnya. Cuba Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup Dan Sedap yang saya kongsikan ini, hasilnya ikan bilis akan rasa lebih rangup atau garing. Ia bukan sahaja sedap tetapi boleh juga disimpan untuk tempoh lebih lama.

1) Tips memilih ikan bilis – Untuk memastikan ikan bilis yang dibeli berkualiti, pilih ikan bilis yang warnanya terang dan bersaiz sederhana atau kecil. Ikan bilis yang bersaiz sebegini lebih sedap bila digoreng. Ikan bilis bersaiz besar lebih sesuai untuk sup atau sambal.

2) Keringkan sebelum menggoreng – Sebelum digoreng, ikan bilis perlu dibasuh terlebih dahulu untuk membuang segala kekotoran yang melekat padanya. Setelah itu toskan air dan pastikan ikan bilis telah betul-betul kering sebelum digoreng.

3) Minyak Panas – Pastikan minyak untuk menggoreng ikan bilis telah betul-betul panas, kemudian barulah masukkan ikan bilis.

4) Api Sederhana – Kecilkan api semasa menggoreng. Api yang terlalu besar akan membuatkan ikan bilis cepat hangus dan tidak masak dengan sempurna.

5) Simpan Dalam Bekas Kedap Udara – Pastikan anda menyimpan ikan bilis yang telah digoreng dalam bekas kedap udara. Tunggu sehingga ikan bilis agak sejuk kemudian baru simpan. Ini dapat mengelak dari ikan bilis menjadi lemau.

6) Simpan Di Tempat Yang Sesuai – Akhir sekali simpan bekas ikan bilis itu di tempat yang sesuai dan jauh dari kelembapan. Jangan di simpan dalam peti sejuk pula. Nanti terpaksa anda goreng semula.

(Visited 119 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...