Saturday , 26 May 2018
Home » Petua & Tips » Cara Bersihkan Jubin Bilik Air Berlumut

Cara Bersihkan Jubin Bilik Air Berlumut

Cara Bersihkan Jubin Bilik Air Berlumut. Bilik air dan tandas antara kawasan yang paling banyak bakteria. Jubin bilik air mudah berlumut dan perlu kerap di bersihkan. Jika dibiarkan terlalu lama, jubin berlumut memang susah nak dibersihkan.

Terdapat lambakkan produk pencuci jubin yang dijual di pasaran. Hampir kesemuanya menggandungi bahan kimia. Bukan sahaja baunya yang kuat yang adakalanya memeningkan, ada juga segelintir individu yang alah dengan bahan pencuci jubin yang menyebabkan kulit di bahagian jari mengelupas.

Cara Bersihkan Jubin Bilik Air Berlumut

Cara Bersihkan Jubin Bilik Air Berlumut

Tedapat beberapa bahan semulajadi yang boleh anda campurkan untuk dijadikan bahan pencuci jubin berlumut. Ia bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga sangat efektif untuk menanggalkan lumut dan membersihkan jubin bilik air ataupun tandas.

Bahan-bahan
1/2 cawan soda bikarbonat
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
7 cawan air

Cara Menyediakan Pencuci Jubin Guna Bahan Semulajadi

1) Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bekas. Selepas itu tuangkan ke dalam botol spray.
2) Bila hendak guna. Goncang botol dan spraykan ke atas jubin yang berlumut
3) Biarkan seketika kemudian gosok menggunakan berus.
5) Akhir sekali bilas dengan air.

Hasilnya nanti bukan sahaja lumut akan tertanggal dari jubin tetapi bilik air dan tandas juga akan berbau segar sebab ada bau lemon.

Penting untuk anda pastikan agar bilik air dan tandas sentiasa bersih agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan anda sekeluarga.

Tips Menjaga Kebersihan Bilik Air dan Tandas

1) Setiap hari sebelum anda mandi, luangkan beberapa minit untuk mencuci bilik air ataupun tandas.
2) Dengan menggunakan span dan sedikit pencuci, gosok dinding dan sinki. Untuk lantai anda boleh spraykan sedikit bahan pencuci dan gunakan berus untuk menggosok.
3) Pastikan mangkuk tandas juga dibersihkan guna pencuci dan berus
4) Sentiasa flush tandas selepas digunakan.
5) Gantungkan pewangi dalam tandas agar tiada bau yang tidak menyenangkan.
6) Pastikan rak untuk meletakkan berus gigi, ubat gigi, sabun dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak berlumut atau berkulat.
7) Cermin dan tempat pengangkut baju juga perlu di bersihkan.

Semoga Cara Bersihkan Jubin Bilik Air Berlumut  dan tips menjaga kebersihkan bilik air yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda sekeluarga. Selamat mencuba.

(Visited 155 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...