Friday , 27 April 2018
Home » Hiburan » Bintang Bersama Bintang 2018

Bintang Bersama Bintang 2018

Bintang Bersama Bintang 2018. Sebuah rancangan hiburan Bintang Bersama Bintang menampilkan enam pelawak popular iaitu Achey, Mark Adam, Abam, Issey, Shuk dan Ajak.

Bintang Bersama Bintang 2018 ini akan bersiaran selama 7 minggu. Setiap minggu peserta dikehendaki melakukan persembahan sketsa yang disertakan punchline selama 4 minit 30 saat. Serta menyanyikan lagu yang telah diolah mengikut kreativiti tersendiri dalam genre lawak. Para peserta juga dibenarkan menjemput seorang selebriti untuk mengambil bahagian dalam sketsa yang dipersembahkan.

Bintang Bersama Bintang 2018

Sepanjang 7 minggu itu tiada penyingkiran yang akan terjadi tetapi juara mingguan akan dipilih. Dimana setiap minggu juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000. Di peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100,000.

AG telah dipilih sebagai pengacara rancangan Bintang Bersama Bintang. Manakala Saiful Apek akan menjadi juri tetap setiap minggu. Turut akan diundang adalah seorang juri jemputan yang berbeza bagi setiap minggu. Pemarkahan adalah berdasarkan 70% dari pihak juri dan 30% dari undian atas talian.

Sama-sama kita tonton rancangan Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB2018) yang akan mula bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad pukul 10.00 malam di TV3 bermula 14 Januari 2018.

(Visited 310 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...