Monday , 22 January 2018
Home » Petua & Tips » Petua Merawat Bibir Kering Ketika Cuaca Panas

Petua Merawat Bibir Kering Ketika Cuaca Panas

Petua Merawat Bibir Kering Ketika Cuaca Panas. Apakah petua untuk merawat bibir yang kering dan merekah? Ketika cuaca panas terik, memang ramai yang mengadu bibir cepat kering dan mudah merekah. Kalau dibiar tak dirawat, kulit akan mula mengelupas. Memang rasa pedih bila makan makanan yang pedas.

Bibir yang kering turut menjejaskan penampilan kita. Nampak seolah kita kurang teliti akan tahap penampilan diri dan juga kesihatan. Salah satu punca bibir kering adalah kurang minum air. Badan yang kekurangan air juga mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Petua Merawat Bibir Kering Ketika Cuaca Panas

Petua Merawat Bibir Kering Ketika Cuaca Panas

Jika anda mengalami masalah bibir kering, apa kata anda cuba salah satu petua yang dikongsikan di bawah ini. Dalam masa yang sama, pastikan anda minum air secukupnya. Minum air suam bukan minuman manis atau berkafein.

1) Madu – Sapukan madu pada bibir setiap kali sebelum anda tidur malam. Boleh juga disapu pada siang hari. Kalau tak ada madu boleh juga gantikan dengan minyak zaitun, marjerin atau minyak kelapa dara.

2) Tomato – Belah sebiji buah tomato kepada 4 bahagian dan ambil isinya sahaja. Sapukannya pada bibir dan biarkan kering. Amalkan sehari sekali.

3) Timun – Potong timun kepada bahagian-bahagian kecil dan tumbuk atau kisar timun tersebut sehingga lumat. Sapukan kepada bibir dan biarkan sehingga kering. Anda boleh juga hiris timun dan gosok secara perlahan pada bibir.

4) Daun Lidah Buaya – Daun lidah buaya memang terkenal kerana khasiatnya yang tersendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah potong daun lidah buaya kepada bahagian-bahagian yang kecil dan sapukan lendir daun lidah buaya pada bibir.

(Visited 103 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...