Monday , 22 January 2018
Home » Petua & Tips » Cara Simpan Strawberi Agar Segar Dan Tahan Lama

Cara Simpan Strawberi Agar Segar Dan Tahan Lama

Cara Simpan Strawberi Agar Segar Dan Tahan Lama | Apakah tips untuk elak strawberi dari cepat busuk dan kekal segar untuk tempoh yang lama? Kalau betul cara simpanannya pasti strawberi tahan lama dan tak membazir.

Strawberi adalah buah yang kerap digunakan sebagai hiasan untuk kek. Sedap juga kalau dimakan bersama aiskrim atau dicicah dengan coklat. Biarpun mendapat permintaan yang tinggi, masih ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk simpan strawberi agar tahan lama.

Cara Simpan Strawberi Agar Segar Dan Tahan Lama

Cara Simpan Strawberi Agar Segar Dan Tahan Lama

Sebelum nak belajar simpan strawberi agar tahan lama, kena tahu dulu cara membeli strawberi yang segar. Kalau tersalah beli yang dah hampir busuk, memang tak dapat nak simpan la jawabnya.

Bagaimana nak memilih strawberi yang segar?

1) Pilih buah yang nampak segar, tidak lembek dan tiada kerosakan.
2) Warna strawberi mestilah merah terang dan berkilat. Pastikan daunnya juga hijau dan segar.
3) Saiz buah strawberi yang besar juga menandakan buah tersebut sihat dan manis.

Apakah cara yang betul untuk membersihkan buah strawberi?

1) Mula-mula sekali cuci buah strawberi di bawah air yang mengalir untuk membersihkan kotoran.
2) Selepas itu rendam buah strawberi dalam air bercampur garam. Tak perlu rendam lama, dalam 2 ke 3 minit pun dah cukup. Dan selepas itu boleh dikeringkan.

Apakah cara simpan strawberi agar kekal segar dan tahan lama?

1) Simpan buah strawberi dalam bekas yang kedap udara. Selepas itu masukkan dalam peti sejuk. Boleh juga disimpan dalam freezer jika ingin digunakan untuk aiskrim.
2) Jangan biarkan terdedah terlalu lama kerana buah strawberi akan cepat kering dan rasanya akan pudar.

Ada juga tips yang kata boleh rendam strawberi seketika dengan air dan cuka sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. Tetapi saya sendiri belum pernah mencubanya jadi tak tahu lagi keberkesanannya. Kalau anda nak cuba, silakan. Lepas tu kongsikan hasilnya dengan saya ya.

(Visited 40 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...