Sunday , 17 December 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Dekatkan Jarak Kita

SINOPSIS DEKATKAN JARAK KITA | Drama Dekatkan Jarak Kita lakonan Ayda Jebat dan Syafiq Kyle di Slot Samarinda TV3 bermula 21 November 2017 jam 10:00 malam.

Drama Dekatkan Jarak Kita telah diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbutkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini telah diadaptasi dari sebuah cerpen karya Syu Ariani dan akan bersiaran selama 15 episod.

Sinopsis Dekatkan Jarak Kita

Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkah tentang Alyssa yang terpaksa menyamar untuk sahabat baiknya. Alyssa dan Sofiya telah lama bersahabat baik. Dijadikan cerita, Sofiya hilang ketika masih kecil dan dipercayai mati walaupun mayatnya tidak pernah ditemui.

Sinopsis Dekatkan Jarak Kita

Apabila masing-masing telah dewasa, Sofiya telah meminta Alyssa menyamar sebagai dirinya untuk mencari kembarnya yang bernama Tashriq.

Selepas berjaya menjejaki Tashriq, Alyssa mula menaruh hati padanya. Namun timbul pula masalah kerana awal-awal lagi Alyssa memperkenalkan diri sebagai Sofiya, kembar Tashriq.

Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Tashriq akan mengetahui siapa Alyssa yang sebenar?

Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita

Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan Drama Dekatkan Jarak Kita adalah Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Riena Diana, Emma Akma, dan Aishah Atan.

OST Drama Dekatkan Jarak Kita

Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli telah dipilih sebagai lagu tema untuk Drama Dekatkan Jarak Kita

Jangan lupa tonton drama ini pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10:00 malam hanya di Slot Samarinda TV3. Terima kasih kerana sudi membaca Sinopsis Dekatkan Jarak Kita

 

(Visited 473 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...