Sunday , 17 December 2017
Home » Informasi » BR1M 2018 Kemaskini Dan Jadual Pembayaran

BR1M 2018 Kemaskini Dan Jadual Pembayaran

BR1M 2018 Kemaskini Dan Jadual Pembayaran | Bagaimanakah cara untuk kemaskini dan jadual pembayaran untuk BR1M (2018) Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Menerusi pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa BR1M akan diteruskan untuk tahun 2018.

Tujuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M ini adalah untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pembayaran BR1M 2018 kekal seperti tahun sebelumnya di mana lebih dari 6 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat darinya.

BR1M 2018 Kemaskini Dan Jadual Pembayaran

BR1M 2018 Kemaskini dan Jadul Pembayaran

Untuk anda yang layak, tetapi belum mendaftar, anda boleh membuat permohonan di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/

Syarat Kelayakkan BR1M 2018

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Menjadi ketua kepada isi rumah (tidak kira lelaki atau perempuan) dengan pendapatan kasar bulanan untuk isi rumah berjumlah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang hidup sebatang kara dengan pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Jadual Pembayaran BR1M 2018

● Kategori 1 (Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah)

FEB 2018 – RM450

● Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000)

FEB 2018 – RM300
JUN 2018 – RM300
OGOS 2018 – RM300

● Kategori 3 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah)

FEB 2018 – RM400
JUN 2018 – RM400
OGOS 2018 – RM400

Cara Kemaskini BR1M Secara Online

1) Anda hanya perlu layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
2) Klik pada menu Kemaskini Permohonan
3) Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik kemaskini.
4) Pastikan maklumat peribadi anda lengkap. Jika ada perubahan seperti alamat atau nombor telefon dan sebagainya, bolehlah anda kemaskini.

Permohonan baru dan kemaskini untuk BR1M boleh dilakukan bermula dari 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai BR1M 2018 Kemaskini Dan Jadual Pembayaran dan juga permohonan baru anda boleh layari laman web  https://ebr1m.hasil.gov.my/

(Visited 125 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...