Sunday , 24 September 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Raisha Di TV3

Sinopsis Drama Raisha Di TV3

Sinopsis Drama Raisha Di TV3. Drama Raisha lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi akan disiarkan di Slot Lestary TV3 malam ini, 13 September 2017 bermula jam 9:00 malam.

Drama Raisha arahan Nizam Zakaria ini turut dibintangi oleh Taib Zamanhuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Rahim Jailani dan ramai lagi. Drama bersiri 13 episod ini telah diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd.

SINOPSIS DRAMA RAISHA DI TV3

Drama Raisha mengisahkan tentang Raisha (Diana Danielle) yang merupakan seorang gadis materialistik. Raisha dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Setelah Raisha dilahirkan, Arfah ibunya telah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia.

Sinopsis Drama Raisha Di TV3

Biarpun hidup serba kekurangan, Samsudin, ayah Raisha sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuknya. Setiap kehendak Raisha diturutkan. Raisha pula membesar menjadi seorang yang kuat memberontak sekiranya permintaannya tidak diturutkan. Dia sering tidak sependapat dengan ayahnya.

Sikap buruk Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Kebebasan yang diidamkan akhirnya dimiliki. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang antaranya golongan kaya dan golongan industri fesyen.

Kerana kecantikan yang dimilikinya, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Kehidupan Raisha mula menjadi liar apabila dia sering mengujungi kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama seorang rakannya bernama Melly.

Bahagia yang diharapkan tetapi lain pula yang terjadi apabila kelab malam itu dikepung pihak berkuasa dan kesemua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly telah ditangkap

Bagaimanakah kehidupan Raisha setelah itu? Untuk mengetahui kesudahan kisah menarik ini, jangan lupa ikuti Drama Raisha hanya di slot Lestary TV3.

(Visited 345 times, 4 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *