Thursday , 23 November 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Air Zam Zam Untuk Mak

Sinopsis Air Zam Zam Untuk Mak

Sinopsis Air Zam Zam Untuk Mak. Air Zam Zam untuk mak lakonan Wan Maimunah di TV3 merupakan sebuah telefilem khas bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disiarkan pada 1 September pukul 9:00 malam.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem arahan Khalid Nadzri ini adalah Jue Aziz, Idris Khan dan Fezrul Khan. Air Zam Zam untuk mak telah ditebitkan oleh Alfanazra Productions Sdn Bhd.

Sinopsis Air Zam Zam Untuk Mak

SINOPSIS AIR ZAM ZAM UNTUK MAK

Air Zam Zam Untuk Mak mengisahkan tentang Mak Jah yang teringin untuk menunaikan ibadah haji. Namun hasratnya itu terhalang akibat penyakit kanser yang dihidapinya. Memandangkan dirinya sedang sakit, Mak Jah telah meminta anaknya Borhan dan Suhaili untuk menggantikan tempatnya ke tanah suci. Hanya satu sahaja permintaan Mak Jah kepada mereka berdua, adalah untuk membawa pulang air Zam Zam untuknya.

Dapatkah Borhan dan Suhaili menunaikan permintaan terakhir Mak Jah? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton drama Air Zam Zam Untuk Mak pada pukul 9:00 malam ini hanya di TV3.
(Visited 166 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *