Saturday , 16 December 2017
Home » Informasi » Khasiat Pemakanan » Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan

Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan

Tahukah anda akan Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan badan? Ramai yang sering keliru antara perbezaan daun ketumbar dan daun sup. Kedua-duanya nampak sama tetapi jika diteliti daun ketumbar bersaiz lebih kecil dan baunya pun lebih menyengat.

Daun ketumbar yang juga dikenali sebagai pasli cina sering digunakan dalam masakan Thai yang paling popular, tomyam. Ia dikatakan penawar kepada sakit senggugut dan juga boleh menghilangkan bau mulut. Selain itu terdapat banyak lagi khasiat daun ketumbar yang mungkin ramai tidak tahu. Jom kaji.

Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan

KHASIAT DAUN KETUMBAR UNTUK KESIHATAN

Antibodi – Daun Ketumbar dapat berfungsi sebagai antibodi tubuh yang mampu membunuh bakteria makanan seperti salmonella. Malah kandungan antibodi yang terdapat dalam tumbuhan ini adalah dua kali ganda lebih efektif daripada Gentamisin, sejenis ubat antibiotik. Mungkin sebab itu, daun ketumbar sering dijadikan hiasan bersama hidangan nasi ayam.

Pencegah kanser – Daun ketumbar juga berkhasiat untuk mencegah kanser. Sifat antioksidan dan kandungan zatnya mampu menurunkan risiko pada sel-sel yang bersifat karsinogenik iaitu sel penyebab barah.

Penawar Radang Kulit – Daun ketumbar juga membantu mengurangkan keradangan kulit serta meningkatan fungsi pemulihan kulit.

Mengurangkan tekanan darah tinggi – Bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi, daun ketumbar dapat mengurangkan tekanan darah selain mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Mengatasi cirit birit – Zat yang terdapat dalam daun ketumbar juga dapat membantu pencernaan dan meningkatkan fungsi hati. Selain itu ia juga berkesan untuk mengurangkan cirit birit, mencegah mual, muntah dan gangguan perut.

Menurunkan kadar kolestrol – Daun ketumbar juga mempunyai zat yang dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Sebaliknya membantu meningkatkan kadar kolestrol sihat yang berfungsi untuk mencegah terhadap kardiovaskular yang berbahaya.

Mengubati anemia – Ia merupakan antara herba yang kaya dengan zat besi dan sesuai diambil oleh pesakit anemia. Memandangkan ia kaya dengan zat besi, daun ketumbar juga memberi manfaat kepada fungsi organ lain, sebagai penambah tenaga dan meningkatkan kesihatan tulang.

Masalah kencing manis – Daun ketumbar mempunyai efek untuk merangsang kelenjar endokrin yang meningkatkan paras insulin dalam darah jadi ia sangat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis atau diabetes. Selain itu daun ketumbar juga mampu menyeimbangkan fungsi metabolism tubuh.

Mungkin ramai yang tidak menyangka daun yang bersaiz kecil dan kurang digemari ramai ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada tubuh badan. Jadi selepas ini kerap la masukkan daun ketumbar dalam menu harian anda.

Semoga Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan ini memberi manfaat untuk anda sekeluarga.

(Visited 109 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. info yang sangat menarik.. sekarang baru tahu tentang kelebihan DAUN KETUMBAR UNTUK KESIHATAN …