Friday , 18 August 2017
Home » Hiburan » Tonton Siaran Live Sukan SEA 2017

Tonton Siaran Live Sukan SEA 2017

Tonton Siaran Live Sukan SEA 2017. 19 Ogos akan bermulanya Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur (KL2017). Tentu anda yang tidak berpeluang ke venue-venue perlawanan tetapi ingin menonton liputan sukan SEA di kaca tv. Anda tetap boleh memberikan sokongan dan melihat perjuangan para atlet negara.

Pihak RTM, Astro dan HyppTV akan menyiarkan liputan secara langsung Sukan SEA 2017 (KL2017) bermula dari 19 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Di bawah ini kami kongsikan senarai saluran-saluran tv yang menyediakan liputan secara langsung.

Tonton Siaran Live Sukan SEA 2017

TONTON SIARAN LIVE SUKAN SEA 2017

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan liputan Sukan SEA 2017 melalui saluran TV1 dan TV2. RTM turut akan menyiarkan Siaran Langsung Pembukaan Rasmi Sukan SEA 2017.  Siaran aksi KL2017 pada setiap hari terbahagi kepada beberapa sesi antaranya:
1) sesi pagi – 9 pagi hingga 12 tengah hari
2) sesi petang – 2 hingga 5 petang
3) versi bahasa Inggeris –  5.30 hingga 7.30 malam
4) sesi malam dari 10.30 hingga 12.30 malam

Astro Arena akan menyediakan liputan menyeluruh Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan menyediakan lapan saluran televisyen dan empat saluran platform digital. Empat saluran khas yang berdefinisi tinggi (HD) menerusi saluran 802, 803, 804 dan 805. Terdapat juga saluran tambahan eksklusif menerusi aplikasi atas talian di Astro GO dan NJOI Now. Selain itu Astro Arena juga memperkenalkan saluran berita Nadi Arena 800 dan 80HD yang akan membawakan laporan berita terkini 24 jam.

HyppTV pula akan membawakan 3 saluran khas dimana terdapat satu saluran Interaktif. 3 saluran tersebut adalah HyppSports HD – KL2017 1 menerusi saluran 720 dan HyppSports HD – KL2017 2 menerusi saluran 721. Untuk mengakses saluran interaktif KL2017 anda perlu menekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV. Saluran interaktif yang disediakan HyppTV ini akan menyediakan maklumat terkini mengenai KL 2017 termasuk sorotan berita, kutipan pingat, jadual perlawanan, sorotan video dan macam-macam lagi. Saluran ini boleh dinikmati secara percuma melalui aplikasi HyppTV Everywhere.

Untuk anda yang ingin tonton online boleh juga layari saluran YouTube Kuala Lumpur 2017 Official Channel (@KL2017) yang dimiliki bersama TM. Sebanyak 15 saluran disediakan, antaranya dua saluran disediakan untuk siaran langsung terpilih dan 13 yang lain untuk video on demand.

Jadi kepada anda semua jangan lupa Tonton Siaran Live Sukan SEA 2017 dari 19 Ogos sehingga 30 Ogos 2017.

(Visited 40 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *