Saturday , 21 October 2017
Home » Petua & Tips » Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk

Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk

Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk. Periuk atau kuali yang kerap digunakan pasti akan mempunyai kesan hangus. Sental berkali-kali pun susah untuk tanggalkan kesan hangus lebih-lebih lagi kalau kesan kerak dah semakin tebal dan hitam.

Ada yang akan kikis dengan pisau untuk buang kesan-kesan hangus tetapi cara ini tidak betul-betul berkesan sebaliknya boleh merosakkan periuk dan kuali anda. Silap haribulan kalau kerap kikis, periuk atau kuali boleh bocor. Tak pasal-pasal kuali kesayangan perlu dibuang. Sayang je kan.

Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk

Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk

Jangan buang dulu periuk yang ada kesan hangus tu, apa kata anda cuba 7 tips yang kami kongsikan di bawah ini:

1. Soda Bikarbonat – Rendam periuk atau kuali yang ada kesan hangus berkerak dalam air yang telah dicampurkan dengan satu sudu besar soda bikarbonat untuk beberapa jam. Selepas itu anda akan dapati kesan kerak itu lebih mudah dicuci dan ditanggalkan.

2. Cuka Makanan dan Serbuk Penaik – Campurkan satu cawan cuka dan air secukupnya dalam periuk atau kuali yang ada kesan hangus di dalamnya. Didihkan campuran tersebut.  Anda akan dapati kesan hangus tadi akan mulai tertanggal sedikit. Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan serbuk penaik. Kalau tak ada serbuk penaik boleh gantikan dengan soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kesan hangus tertanggal. Tips ini sesuai untuk kesan hangus yang tidak tebal seperti kesan air menjadi kering didalam cerek.

3. Garam dan Limau – Perahkan beberapa biji limau nipis dan campurkan dengan satu sudu garam. Rendamkan periuk atau kuali yang ada kesan hangus untuk beberapa jam. Selepas itu sental dan cuci seperti biasa.

4. Gunakan Krim Tartar – Untuk kesan hangus yang tebal dalam periuk atau kuali anda boleh gunakan krim tartar. Anda perlu rendam krim dan air dalam periuk atau kuali yang hangus untuk semalaman. Esok anda boleh sental dan cuci seperti biasa.

5. Garam – Isikan air ke dalam periuk yang hangus dan tambahkan sesudu dua garam. Didihkan campuran air garam itu dan kacau perlahan-lahan menggunakan senduk. Jika kesan hangus sudah mula tertanggal, anda perlu teruskan kacau. Jika tidak, anda hanya perlu tutupkan api dan tambah sedikit garam lagi. Kemudian biarkan ia terendam untuk beberapa jam.

6. Tomato – Ambil beberapa buah biji tomato separuh masak. Lenyekkan ke dalam periuk atau kuali yang mempunyai kesan hangus itu. Biarkan semalaman. Esoknya anda hanya perlu sental dan cuci bersih periuk tersebut.

7. Minuman berkarbonat atau bergas – Untuk kesan hangus akibat gula karamel, anda hanya perlu rendamkan periuk dengan minuman bergas untuk beberapa jam. Kemudian ambil sudu besi dan cuba cungkil kesan hangus tersebut.

Semoga Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk ini membantu anda mendapatkan periuk dan kuali yang lebih bersih dan menaikkan lagi mood anda untuk memasak.

Selamat Mencuba

(Visited 143 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. Balik rumah japgi boleh terus praktik ni.. terima kasih admin atas perkongsian di atas..

  2. Lepas ni nak cubalah. tq admin atas perkongsian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *