Sunday , 24 September 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Mek Minyak Di TV2

Sinopsis Mek Minyak Di TV2

Sinopsis Mek Minyak Di TV2. Sebuah telefilem berjudul Mek Minyak lakonan Izzue Islam, Falisha Crossley dan Sharifah Sakinah akan disiarkan di Slot Citra TV2 pada 11 Ogos 2017.

Antara pelakon lain yang turut membintangi Mek Minyak adalah Kathy Azian dan Lan Zailan. Telefilem arahan Amzari Amir dan terbitan Ribuvision Sdn Bhd ini boleh ditonton bermula jam 9:30 malam ini di TV2.

Sinopsis Mek Minyak Di TV2

SINOPSIS MEK MINYAK DI TV2

Mek Minyak mengisahkan tentang Mail, seorang pemuda yang ingin berkahwin dengan anak Pak Mus bernama Imah. Pak Mus telah menetapkan syarat.  Mail terpaksa menyediakan wang hantaran sebanyak RM15,000 dalam tempoh masa sebulan.

Kerana terlalu teruja untuk berkahwin Mail terus bersetuju dengan syarat Pak Mus namun ia amat merisaukan Mak Munah, ibu kepada Mail. Mak Munah yakin mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu dalam tempoh yang singkat.

Mail pula membuat pakatan dengan Sunti untuk menjadi Mek Minyak (orang minyak versi wanita). Tujuannya adalah untuk menakutkan orang kampung. Keadaan kampung menjadi huru hara apabila semakin ramai lelaki yang menjadi mangsa Nek Minyak.

Apa tujuan Mail sebenarnya?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Mek Minyak hanya di slot Citra TV2.

(Visited 62 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *