Friday , 18 August 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Titian Cinta

Sinopsis Drama Titian Cinta

Sinopsis Drama Titian Cinta. Drama Titian Cinta lakonan Zul Arifin dan Farah Nabilah bakal mengisi slot Akasia TV3 akhir bulan Ogos ini. Merupakan adaptasi novel karya Ridhya Iman yang turut dibintangi Daler Yusuf, Dian P.Ramlee, Tisha Shamsir Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Titian Cinta

Drama Titian Cinta mengisahkan tentang kisah cinta Umar Harris dan Rahadatul Aisy. Kepulangan Aisy ke tanahair setelah 4 tahun merantau di bumi London adalah untuk menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh suaminya.

Harris menantikan kepulangan Aisy kerana menyesal dengan tindakan lalu. Dia termakan hasutan Sofia dan pernah menghalau Aisy akibat fitnah. Akibat cemburu, Harris sanggup menghina isterinya. Kerana sikap barannya, Harris pernah menyakiti tubuh isterinya menyebabkan Aisy lari membawa diri.

Sinopsis Drama Titian Cinta

Kini Harris ingin menebus kekhilafannya. Pelbagai cara dilakukan untuk kembali memenangi hati Aisy. Akhirnya Aisy akur dengan ketentuan Ilahi, Harris ditakdirkan jodohnya.

Ketika baru menikmati bahagia, dugaan pula datang melanda. Aisy tidak mampu untuk mengandung. Hadir pula Sofia untuk merampas cinta Harris. Campur tangan ibu Harris lebih memburukkan keadaan.

Hubungan Aisy dan Harris makin goyah dengan kehadiran Rayyan seorang lelaki tampan. Harris mula dipagut rasa cemburu. Siapakah Rayyan di hati Aisy?

Kukuhkah ikatan cinta Harris dan Aisy untuk berdepan dengan setiap dugaan yang melanda. Dapatkah titian cinta yang semakin retak bercantum kembali?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa nantikan Drama Titian Cinta terbitan Zamriez Golden Pictures ini pada akhir bulan Ogos 2017. Drama untuk siaran Slot Akasia ini telah diarahkan oleh Heykal Hanifah.

(Visited 58 times, 12 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *