Thursday , 23 November 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi

Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi

Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi. Meh Sandar Lagi lakonan Aliff Aziz dan Mira Filzah merupakan kesinambungan kepada drama Meh Sandar Pada Aku siaran slot Akasia TV3 tidak lama dahulu.

Drama Meh Sandar Lagi arahan Emi Suffian akan mula bersiaran pada pukul 6:58 petang ini, 28 Ogos 2017 di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis selama 8 episod.

Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi

SINOPSIS DRAMA MEH SANDAR LAGI

Drama Meh Sandar Lagi mengisahkan tentang Afnan Tasneem seorang gadis yang sentiasa ceria tetapi agak lurus orangnya. Ketika sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan Afnan Tasneem telah bertemu dengan seorang penyelia lelaki yang dianggap sombong iaitu Dr Syed Nadzhan.

Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bernama wanita. Kegagalan rumah tangga papa dan mamanya membuatkan Dr Syed Nadzhan mengganggap kehadiran perempuan akan menyusahkan hidupnya. Kehadiran Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepalanya. Sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Begitulah bermulanya pertemuan antara Afnan Tasneem dan Dr Syed Nadzhan suatu ketika dulu yang berakhir dengan sebuah perkahwinan.

Aneem berjanji akan masak yang sedap untuk Nadzhan. Dia ingin menjadi isteri yang sempurna di mata suaminya. Tetapi lain pula yang terjadi di makmal tatkala Nadzhan menerima kejutan kemunculan seorang doktor baru yang muncul untuk membuat penyelidikan.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah antara Dr Syed Nadzhan dan Afnan Tasneem?

Jangan lupa tonton Drama Meh Sandar Lagi yang turut dibintangi oleh Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada, Alicia Amin di slot Akasia TV3 bermula 28 Ogos 2017

(Visited 255 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *