Thursday , 23 November 2017
Home » Hiburan » Siaran Langsung Perasmian Sukan SEA 2017 KL

Siaran Langsung Perasmian Sukan SEA 2017 KL

Siaran Langsung Perasmian Sukan SEA 2017 KL. Nantikan siaran langsung upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang dijadualkan berlangsung pada malam ini, Sabtu 19 Ogos 2017 pukul 8:00 malam.

Upacara pembukaan Sukan SEA KL 2017 ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Acara pembukaan dijadualkan bermula dengan perarakan 11 bendera negara Sukan SEA dan diikuti dengan perarakan masuk kontijen dan atlet. Selepas itu acara diteruskan dengan upacara mengibarkan bendera Perseketuan Sukan SEA (SEAGF) dan bendera KL2017.

Siaran Langsung Perasmian Sukan SEA 2017 KLKetika acara perarakan masuk kontijen, jaguh silat Mohd Al Jufferi Jamari, penerjun emas negara Cheong Jun Hoon dan juara keirin dunia Mohd Azizulhasni Awang akan membawa masuk jalur Gemilang. Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dijadualkan membaca ikrar atlet.

LIVE STREAMING UPACARA PERASMIAN SUKAN SEA KL 2017

Kebanyakkan stesen TV tempatan antaranya RTM, Astro dan Media Prima akan menyiarkan Siaran Langsung Perasmian Sukan SEA 2017 KL bermula jam 8:00 malam nanti. Untuk anda yang ingin tonton live secara online boleh tonton di saluran youtube yang disediakan

Tonton Live Streaming Acara pembukaan rasmi Sukan SEA KL 2017

Senarai saluran Live Sukan SEA 2017 

Turut akan dipersembahkan malam ini adalah sebuah persembahan istimewa yang menggunakan teknologi terkini dengan tema ‘Bangkit Bersama’ yang akan memaparkan tentang perpaduan yang dikecapi oleh rakyat Asia Tenggara.

Jadi kepada anda semua, jangan lupa tonton siaran langsung upacara pembukaan atau perasmian Sukan SEA KL 2017 malam ini.

 

 

(Visited 156 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *