Saturday , 21 October 2017
Home » sukan » Keputusan » Siaran Langsung Malaysia vs Thailand 29 Ogos 2017

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand 29 Ogos 2017

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand 29 Ogos 2017. Aksi live final bola sepak sukan SEA 2017 Malaysia vs Thailand akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam.

Pasukan bawah 22 tahun Malaysia di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee akan turun beraksi menentang pasukan Thailand untuk final bola sepak Sukan SEA 2017. Keputusan aksi separuh akhir dua hari lepas, pasukan Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Indonesia dengan satu gol tanpa balas dan pasukan Thailand pula mengalahkan Myanmar juga dengan keputusan yang sama.

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand 29 Ogos 2017

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS THAILAND 29 OGOS 2017

Final bola sepak Malaysia vs Thailand bola sepak Sukan SEA 2017 boleh di tonton di kaca TV bermula seawal jam 8:30 malam dengan aksi pra perlawanan. Sepak mula dijadualkan pada pukul 8:45 malam. Siaran langsung Malaysia vs Thailand akan dibawakan oleh RTM, Media Prima dan Astro Arena.

Untuk anda yang ingin tonton live streaming Malaysia vs Thailand, akan kami kongsikan sekiranya terdapat pautan live streaming yang disediakan di laman web.

Biarpun pasukan Malaysia pernah tewas kepada pasukan Thailand pada perlawanan kelayakkan AFC 2018 di Bangkok bulan lalu, penyokong bolasepak tempatan tetap mengharapkan pasukan Malaysia akan memberikan saingan dan memastikan pingat emas bola sepak sukan SEA 2017 menjadi milik Malaysia.

Pemain perlu fokus di atas padang dan cuba mencari peluang menjaring gol dalam masa yang sama memastikan gawang gol sendiri tidak dibolosi pihak lawan.

Keputusan Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Keputusan terkini Malaysia vs Thailand 29 Ogos 2017 akan dikemaskini dari semasa ke semasa bermula dengan aksi sepak mula manakala Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand final bola sepak sukan SEA 2017 akan dikongsikan selepas tamat aksi perlawanan.

Malaysia  vs  Thailand
0                     1
                           –               38′ Haziq Nazli (OG)
(Full Time)

 

(Visited 72 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *