Friday , 15 December 2017
Home » Hiburan » Siaran Langsung » Siaran Langsung Malaysia vs Laos 23 Ogos 2017

Siaran Langsung Malaysia vs Laos 23 Ogos 2017

Ikuti Siaran Langsung Malaysia vs Laos 23 Ogos 2017 untuk aksi bola sepak sukan SEA 2017 (KL2017) malam ini. Keputusan penuh sekadar seri diperlukan untuk melayakkan pasukan Malaysia menjadi juara kumpulan A.

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh skuad bawah 22 tahun bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan menentang pasukan Laos untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Biarpun pasukan Malaysia telah layak ke separuh akhir, para penyokong tentu masih mengharapkan kemenangan bila menentang pasukan Laos malam nanti.

Siaran Langsung Malaysia vs Laos 23 Ogos 2017

Setakat 3 perlawanan sebelum ini, pasukan Malaysia telah menunjukkan kecemerlangan dengan memenangi kesemua perlawanan. Pada saingan terakhir menentang Myanmar yang turut layak ke separuh akhir, telah menyaksikan Malaysia mengalahkan Myanmar dengan 3 gol berbalas 1.

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS LAOS 23 OGOS 2017

Untuk anda yang tidak dapat turun ke Stadium Shah Alam bolehlah tonton live menerusi siaran langsung yang disediakan oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, Astro dan Media Prima. Aksi pra perlawanan akan bermula seawal jam 8:30 malam manakala sepak mula dijadualkan pada pukul 8:45 malam.

LIVE STREAMING MALAYSIA VS LAOS 23.8.2017

Sekiranya terdapat pautan Live Streaming Malaysia vs Laos akan kami kongsikan sebelum bermula aksi sepak mula malam nanti.

KEPUTUSAN MALAYSIA VS LAOS 23 OGOS 2017

Keputusan terkini Malaysia vs Laos akan dikemaskini dari semasa ke semasa bermula dengan aksi sepak mula manakala keputusan penuh Malaysia vs Laos untuk bola sepak Sukan SEA 2017 ini akan dikongsikan selepas tamat waktu perlawanan.

Malaysia   vs   Laos
      3                      1
 Jafri Firdaus Chew (27′) (92′)     Thanin (32′)
Adib Zainudin (39′)                           –
       (Full Time)

(Visited 125 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. Go Malaysia…. Harap kali ni Malaysia akan menang sampai jadi jura…