Sunday , 25 February 2018
Home » sukan » Live Streaming » Siaran Langsung Malaysia vs Brunei 14 Ogos 2017

Siaran Langsung Malaysia vs Brunei 14 Ogos 2017

Siaran Langsung Malaysia vs Brunei 14 Ogos 2017. Perlawanan Malaysia vs Brunei 14.8.2017 untuk aksi pembukaan acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam.

Siaran Langsung Malaysia vs Brunei 14 Ogos 2017 akan dibawakan oleh penyiar rasmi Sukan SEA 2017 RTM menerusi saluran TVi ( Astro 109) bermula pada pukul 8:30 malam nanti dengan aksi pra perlawanan. Siaran Langsung Malaysia vs Brunei turut akan disiarkan di TV3 pada waktu yang sama. Sepak mula dijadualkan pada pukul 8:45 malam.

Skuad bawah 22 tahun di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee akan mula berjuang malam ini dan aksi pertama mereka adalah menentang pasukan Brunei dalam kumpulan A. Tiga lagi pasukan yang turut berada dalam kumpulan A adalah Myanmar, Singapura dan Laos.

Siaran Langsung Malaysia vs Brunei 14 Ogos 2017

Jika dinilai pada prestasi semasa skuad bawah 22 tahun Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk mengalahkan pasukan Brunei pada aksi pembukaan malam ini. Apa yang penting adalah fokus dan semangat berjuang untuk mengutip tiga mata penuh pada setiap perlawanan.

Keputusan Terkini Malaysia vs Brunei 14 Ogos akan Notainfo kemaskini bermula dengan aksi sepak mula dari semasa ke semasa. Manakala Keputusan Penuh Malaysia vs Brunei Sukan SEA 2017 akan dikongsikan sejurus tamat waktu perlawanan.

Malaysia  vs  Brunei
2                    1
Safawi Rashid (4′)          Zulkhairy (12′)
Adam Nor Azlin (60′)               –
(Full Time)

Sekiranya terdapat pautan Live Streaming Malaysia vs Brunei 14 Ogos 2017 Sukan SEA 2017 di laman maya, akan kami kongsikan pautan video live sebelum bermula aksi sepak mula. Ataupun anda juga boleh saksikan perlawanan ini di tonton.com.my atau di TVi Live Stream

Saluran liputan Sukan SEA di Tonton Siaran Live Sukan SEA

(Visited 91 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...