Saturday , 21 October 2017
Home » Resipi » Resepi Cucur Kembung Manis Yang Viral

Resepi Cucur Kembung Manis Yang Viral

Resepi Cucur Kembung Manis Yang Viral. Cucur lemak manis, cucur bulat-bulat, tak kisahlah apa nama yang digunakan sekalipun tiba-tiba sahaja cucur kembung manis ini menjadi viral. Kenapa agaknya?

Mungkin sebab sedap atau mungkin juga kerana resepi cucur kembung manis ini tidak menggunakan banyak bahan dan mudah untuk disediakan. Betuknya yang bulat comel itu pun boleh memikat hati anak-anak untuk menikmatinya.

Resepi Cucur Kembung Manis Yang Viral

RESEPI CUCUR KEMBUNG MANIS YANG VIRAL

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih
3 sudu besar gula (boleh dikurangkan)
sedikit garam

Cara Menyediakan Cucur Kembung Manis
1) Masukkan tepung, gula dan garam. Kacau sebati
2) Tambahkan air panas mendidih dan gaul guna senduk
3) Bentukkan bulat bila adunan sedikit suam. Basahkan jari dengan air atau sedikit minyak untuk memudahkan proses membulat adunan.
4) Panaskan minyak dan goreng secara deep fry (minyak yang banyak)
5) Angkat dan toskan bila warna cucur kembung manis telah agak keperangan.

Mudahkan? Sebenarnya bila kami buat survey, cucur kembung viral ni ada variasi yang lain yang guna susu pekat untuk gantikan gula, jadilah ia cucur kembung lemak manis

Selamat mencuba Resepi Cucur Kembung Manis Yang Viral ini.

sumber: mingguanwanita

(Visited 178 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *