Wednesday , 20 September 2017
Home » Hiburan » Telefilem » Sinopsis Terhentinya Doa Di TV3

Sinopsis Terhentinya Doa Di TV3

Terhentinya Doa merupakan judul sebuah telefilem istimewa sempena Aidilfitri di TV3. Bakal disiarkan pada hari raya pertama nanti menampilkan gandingan Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Normah Damanhuri, Azri Iskandar dan Sheila Rusly.

Sinopsis Terhentinya Doa mengisahkan tentang Wafie yang baru pulang dari luar negara. Dia terus dibawa pulang ke kampung dan bukan ke rumah keluarganya kerana neneknya sedang terlantar sakit. Nenek Wafie telah disahkan mengidap Chikungunya ketika keluar menoreh getah.

Sinopsis Terhentinya Doa Di TV3

Konflik antara keluarga Wafie tercetus bila dua orang anak kepada Nek Wa, bertengkar untuk menjaga Nek Wa. Apa yang akan berlaku kepada kesudahan kisah ini. Adakah Nek Wa akan sembuh? Dan berjayakah konflik keluarga mereka diselesaikan dengan baik?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Terhentinya Doa pada hari raya pertama nanti jam 9:00 malam hanya di TV3. Terhentinya doa telah diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbikan oleh JS Pictures.

Menarik Sinopsis Terhentinya Doa, jadi jangan lupa tonton pada 25 Jun nanti.

(Visited 78 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *