Monday , 26 June 2017
Home » Hiburan » Drama » Drama My Sweet Lavender TV9

Drama My Sweet Lavender TV9

Nantikan Drama My Sweet Lavender lakonan Adi Putra, Zara Zya dan Aeril Zafrel mulai 8:30 malam ini 2 Jun 2017. Drama terbitan Orangetree Productions Sdn Bhd ini akan bersiaran selama 20 episod di slot Azalea TV9.

Sinopsis Drama My Sweet Lavender

Drama My Sweet Lavender mengisahkan tentang Laila lakonan Zara Zya yang bercinta dengan Danish (Aeril Zafrel). Namun Danish sering dikaitakn dengan perempuan lain. Sara (Nadia Brian) dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Danish.

Drama My Sweet Lavender TV9

Hendak dijadikan cerita, satu hari Laila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Tragedi yang turut meragut satu lagi nyawa itu telah menyebkan kehidupan Laila terus berubah. Laila disahkan hilang ingatan apabila dia sedar dari koma.

Tiba-tiba hadir pula seorang lelaki yang mengatakan bahawa Laila adalah isterinya dan ibu kepada tiga orang anak. Benarkah dakwaan lelaki tersebut?

Apakah yang akan terjadi kepada Laila selepas itu? Kemana pula perginya Danish?

Drama yang mengandingkan tiga pelakon hebat ini pasti dinantikan penonton. Jadi untuk mengetahui kesudahan kisah kehidupan Laila, jangan lupa tonton Drama My Sweet Lavender pada setiap Selasa hingga Ahad jam 8:30 malam hanya di TV9.

(Visited 160 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *