Sunday , 17 December 2017
Home » Resipi » Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Belajar Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap untuk bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang tiba.

Mesti ramai yang sudah mula merancang nak buat biskut dan kuih raya untuk dijual atau dinikmati oleh keluarga sewaktu berbuka puasa atau di pagi raya.

Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Resepi kuih siput perlu di masukkan dalam senarai kuih raya wajib ada. Kuih tradisional ini sentiasa digemari biarpun diluar musim raya kerana teksturnya yang ranggup dan rasanya yang pedas.

Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin/mentega
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air
Cara membuat kuih siput rangup 
  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Kemudian goreng udang kering pula di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-duanya dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan yang telah ditumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: buku resepi

(Visited 546 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...