Tuesday , 17 October 2017
Home » Hiburan » Drama » Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3

Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3

Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3. Drama Andainya Takdir lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis akan menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 29 Mei 2017. Drama arahan Along Kamaludin ini boleh diikuti pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Andainya Takdir terbitan A.Aida Productions Sdn Bhd ini akan bersiaran selama 16 episod. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad dan Putra Amaris.

Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Andainya Takdir

Drama Andainya Takdir mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi Fatihah lakonan Nina Iskandar dalam melayari bahtera rumahtangga bersama Airil lakonan Shukri Yahaya. Mereka mempunyai seorang anak bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan mereka bertiga sentiasa dalam keadaan tidak tenteram kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Setiap pergerakkan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disenangi Airil akan menyebabkan Fatihah dipukul sampai lebam.

Fatihah tetap bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun kesengsaraan Fatihah bukan hanya datang dari suaminya sahaja tetapi sikap ibu mertuanya turut merumitkan keadaan. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) adalah seorang yang keras kepala, kuat menghasut dan berprasangka buruk. Normah langsung tidak disenangi orang kampung kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa usul periksa. Fatihah kerap menjadi mangsa buli Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang oleh Normah. Airil selalu menyebelahi ibunya membuatkan Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir kehidupan Fatihah bertambah lagi dengan adik iparnya Norlin (Annie Ariffin) yang seakan obses kepada kanak-kanak. Norlin sentiasa dengki kepada Fatihah kerana dia tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Norlin bukan sahaja cemburu kerana Fatihah cantik tetapi juga kerana anak Fatihah, Aleeya adalah seorang anak yang cantik dan bijak.
Kerana sifat dengkinya itu Norlin sentiasa menghasut Normah untuk memaksa Airil pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya permintaannya itu tidak dituruti, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung.
Biarpun Airil mempunyai masalah panas baran dan kerap memukul Fatihah, dia sebenarnya sangat menyayangi Fatihah. Airil berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan antara Fatihah dan Airil bertahan? Mampukah Fatihah terus tabah menghadapi cabaran yang melanda rumahtangganya?
Untuk mengetahui kesudahan kisah penuh konflik ini, jangan lupa tonton Drama Andainya Takdir di Slot Samarinda TV3 jam 10:00 malam 29 Mei 2017.
(Visited 545 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *