Tuesday , 25 July 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Tanda-Tanda Hormon Tidak Seimbang

Tanda-Tanda Hormon Tidak Seimbang

Masalah hormon bukan sahaja menggangu fizikal tetapi juga emosi seseorang wanita.  Masalah hormon tidak seimbang boleh menjejaskan rutin harian dan juga kesihatan.

Apakah tanda-tanda hormon tidak seimbang?

Tanda-Tanda Hormon Tidak Seimbang

1) Sering Berasa Lapar – Jika anda kerap berasa lapar anda mungkin mengalami masalah hormon tidak seimbang. Ini mungkin berpunca dari hormon thyroid yang tugasnya membantu untuk menyeimbangkan tahap metabolisme.  Hormon stress juga boleh menjadi penyebab anda berasa kerap lapar berbanding kebiasaan.

2) Keguguran Rambut – Penghasilan lebih banyak hormon testosterone akan menyebabkan kondisi rambut wanita lebih cenderung ke atah botak.  Ini akan menyebabkan rambut gugur lebih banyak berbanding biasa dan membuatkan rambut semakin menipis.

3) Berat Badan Tidak Stabil – Berat badan yang turun atau naik tanpa sebab adalah antara tanda-tanda horman tidak seimbang. Lebih-lebih jika berat naik atau turun secara mendadak biarpun diet harian anda sama sahaja.

4) Emosi Mudah Terganggu – Emosi seseorang wanita mudah terganggu bila hormon seimbang.  Contohnya sebelum datang haid (PMS) atau sewaktu menopause yang menyebabkan seseorang wanita menjadi ‘moody’ secara tiba-tiba.

5) Berasa Cepat Letih – Hormon yang tidak seimbang akan memberi kesan kepada tenaga tubuh.  Sebagai contoh jika kadar hormon thyroid rendah ia akan melemahkan tubuh kita manakala jika tubuh berada di tahap yang tinggi tubuh akan terlebih aktif pula.

Jika anda mengalami tanda-tanda hormon yang tidak seimbang eloklah anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Jangan biarkan ianya melarat dan menjejaskan kesihatan dan rutin harian anda.

(Visited 171 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 comments

  1. Hormon ni mmg mempengaruhi rutin harian .. selalu sgt bila dah moody semua benda pun jd xbetul.. benda yang kecik pun boleh diperbesarkan..alahai nmpak je kecik tp impak dia besar dalam khidupan kita..

  2. Hormon bila xseimbang ni benda kecik pun nak diperbesarkan.. kdg2 benda mcm ni boleh bawak impak y besar terhadap individu.. bab mkn lebih dri biasa tu mmg btul

  3. Hormon xseimbang mmg betul2 bg impak pada individu.. klau dah buat moody bnde kecik pun nk diperbesarkan.. y bab mkn lebih tu mmg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *