Tuesday , 25 July 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Shh… I Love You

Sinopsis Drama Shh… I Love You

Menarik Sinopsis Drama Shh… I Love You lakonan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad. Shh… I Love You akan mula disiarkan petang ini 3 April 2017 di slot Akasia TV3.

Drama SHH… I Love You ganti drama Suamiku Paling Sweet dan merupakan satu lagi adaptasi novel karya Farisya Natasha. Drama ini telah diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Shh... I Love You

SHH… I love You yang akan bersiaran selama 28 episod turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain dan Kamsani Ismail

Sinopsis Drama Shh… I Love You

Shh… I Love You mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Kapten Aidan lakonan Gambit yang bertemu dengan seorang gadis bernama Nadia (Elvina)  di sebuah kedai. 

Biarpun perkenalan itu sangat singkat,  tetapi Aidan nekad untuk menjaga Nadia.  Tetapi ada satu rahsia di sebaliknya.

Aidan berkahwin dengan Nadia tanpa wujud rasa cinta.  Rupanya Nadia adalah seorang pesakit jantung yang pernah menjalani pembedahan. Kini jantung yang dimiliki Nadia adalah kepunyaan bekas tunang Aidan yang sudah meninggal dunia.

Konflik tercetus bila rahsia sebenar terbongkar.  Nadia berusaha untuk meraih cinta Aidan tetapi mampukah Aidan meneruskan perkahwinan mereka tanpa wujud perasaan cinta.

Jika anda terhibur membaca Sinopsis Drama Shh… I Love You ini jangan lupa tonton episod 1 Shh… I Love You bermula jam 6:58 petang nanti setiap Isnin hingga Khamis hanya di slot Akasia TV3.

(Visited 448 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *